RASMI: Joao Felix Gembira Sertai Salah Satu Kelab Terhebat Di Dunia

Joao Felix baru sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Chelsea.

Beliau menyertai Chelsea secara pinjaman separuh musim. Dan perjanjian itu tidak melibatkan sebarang tanggungjawab untuk pembelian tetap.

Ini kerana Atletico hanya melayan harga €120 juta dibayar kepada mereka jika ada kelab mahukan Felix. Angka yang mereka bayar untuk membeli pemain itu ketika dia masih remaja dahulu.

Atletico malah sempat melanjutkan kontrak playmaker asal Portugal itu untuk tempoh sehingga 2027.

Felix mengakui dia teruja menyertai salah sebuah pasukan terbesar di dunia itu, iaitu Chelsea.

Joao Felix akan menggunakan jersi no.11 di Stamford Bridge.

Chelsea membayar €11 juta ataupun sekitar GBP9 juta untuk khidmat Felix secara pinjaman.

Felix berkata: Chelsea salah sebuah kelab terhebat di dunia. Dan saya berharap saya akan dapat membantu mereka mencapai matlamat mereka.”

“Saya benar benar teruja untuk berada di sini. Saya teruja nak bermain di Stamford Bridge.”

Kehadiran Felix diharap akan dapat membantu serangan Chelsea menjadi lebih klinikal terutama sekali dari segi kreativitinya sebagai pemain perancang.

Graham Potter berdepan dengan krisis kecederaan dan krisis prestasi beberapa pemain mereka.

Membuatkan Chelsea bergelut dengan prestasi mereka musim ini.

Graham Potter mengalu alukan kehadiran Joao Felix dengan berkata: “Joao Felix adalah pemain yang hebat. Dia berlatih seperti biasa, ada minit permainan, jadi secara fizikal dia sudah bersedia.”

“Cuma kita tak tahu lagi bagaimana dia melalui proses adaptasi.”

“Dia adalah pemain yang berkeyakinan tinggi dan boleh menonjolkan dirinya. Boleh membuat perbezaan.”

Baca yang lain