RASMI: Kalinic Sertai Kelab Lamanya Dengan Gaji RM5.07 Untuk 6 Bulan

Dalam jendela perpindahan kali ini, satu berita luar biasa apabila Nikola Kalinic setuju untuk menyertai Hajduk Split sebagai ejen bebas dan menerima gaji hanya €1 untuk separuh musim.

Itu bermakna dia menerima RM5.07 sahaja dalam tempoh tersebut. Ataupun sekitar RM0.85 sebulan. Semuanya demi lencana di dada.

Dia setuu dengan kontrak sehingga tamat musim ini yang berbaki kira kira enam bulan lagi.

Kalinic bukan nama asing dalam bola sepak Croatia. Dia pernah bermain untuk beberapa kelab besar termasuk AC Milan, Atletico dan AS Roma.

Kalinic turut pernah bermain di England bersama dengan Blackburn Rovers. Dia merupakan bekas pemain kebangsaan Croatia dengan 15 kaps untuk negaranya.

Kalinic memulakan kariernya di peringkat akademi bersama Hajduk Split. Dan kini dia kembali semula ke tempat dia bermula.

Gaji €1 hanyalah formaliti Kalinic sebagai seorang atlet yang berdaftar. Misi utama Kalinic adalah untuk membantu kelab lamanya itu.

Menurut pengarah sukan kelab Mindaugas Nikolicius: “Ini adalah rundingan paling mudah dalam 3 tahun saya di Hajduk Slot. Ya Kalnic menerima gaji €1 sahaja. Kerana dia kembali atas dasar cinta sejati kepada kelab ini.

“Nikola Kalinic kembali semula dengan satu misi iaitu mahu membantu Hajduk menjuarai Liga sekali lagi selepas 19 tahun,” tambah Nikolicius.

Ketika ini Hajduk enam mata di belakang pendahulu liga, Rijeka yang ada satu peelawanan dalam tangan.

Ramai peminat terharu dengan berita ini kerana Kalinic benar benar membuktikan cintanya kepada Hajduk yang pernah menjadi tempat dia mengasah bakatnya dahulu.