RASMI: Kane Sertai Bayern Dengan Harga €100 Juta, Berpeluang Julang Trofi Pertama Pada Hari Pertamanya

Bayern Munich akhirnya mengesahkan pembelian penyerang termahal dalam sejarah kelab itu iaitu Harry Kane.

Kane setuju menyertai Bayern dengan nilai perpindahan sekitar €100 juta. Dan angka itu akan meningkat lagi selepas beberapa bonus berjaya diaktifkan kelak.

Daniel Levy membuatkan rundingan ini benar benar rumit dan sukar walaupun pemain itu sudah berada di tahun akhir kontrak dan menolak tawaran lanjutan.

Kane meninggalkan Spurs selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu walaupun agak malang tanpa sebarang trofi major dalam kariernya.

Doa menjaringkan 213 gol dalam Liga Perdana Inggeris. Menjadikannya penyerang paling banyak menjaringkan gol di kalangan mereka yang tidak pernah menjulang EPL.

Kini dia menyertai Bayern yang dilihat menjanjikan dia memenangi trofi setiap musim dan mencabar kejuaraan seperti UCL.

Daniel Levy kelab menawarkan kontrak baharu sama ada secara jangka panjang atau jangka pendek kepada pemain itu dengan gaji lumayan. Namun Levy akur bahawa Kane sudah benar benar bersedia untuk pergi ke Bayern dan merasai cabaran baharu.

Harry Kane gembira berjaya menjadi pemain Bayern Munich. Di mana dia sudah lama menyatakan dia mahu menyertai kelab itu, sejak awal jendela perpindahan dibuka.

Di mana Bayern turut menyatakan minat mereka mendapatkan Harry Kane untuk memastikan kelab memiliki penjaring 20-30 gol semusim yang konsisten seperti Robert Lewandowski.

Kane berkata: “Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada Bayern Munich, salah sebuah kelab terbesar di dunia.”

“Saya sentiasa menyatakan bahawa saya mahu berpindah dan membuktikan diri saya di peringkat tertinggi dalam karier saya.”

Kane turut menyatakan dia benar benar teruja dengan sambutan diberikan kepada dia dan keluarganya dalam 24 jam terakhir ini.

Sambil berkata: “Teruja untuk menandatangani kontrak dengan kelab sebesar ini, dengan sejarah yang luar biasa. Tidak sabar nak memulakan [karier di Bayern].”

Jika Harry Kane membuat debut malam ini dalam aksi DFL Supercup, dia berpeluang untuk terus menjulang trofi pertama dalam kariernya di Bayern. Bayern akan menentang RB Leipzig dalam aksi Piala Super DFB.