RASMI: Klopp Raikan Kehadiran Box To Box Midfielder Dari Bayern, Gravenberch

Selepas rundingan yang positif sepanjang minggu terakhir jendela perpindahan, Pemain Bayern Munich, Ryan Gravenberch rasminya menyertai Liverpool.

Dia sempat berposing gaya ikonik dia dengan jersi Liverpool sebelum ini.

Bayern sebelum ini keberatan melepaskan pemain itu, namun sedia menjualnya jika mereka mendapat pemain tengah sebagai pengganti pemain itu.

Bayern dilaporkan berjaya meyakinkan Palhinha untuk menyertai mereka dan membuka pintu kepada Liverpool untuk mendapatkan Gravenberch yang menjadi perhatian banyak kelab lain di eropah.

Kedua dua pasukan setuju dengan bayaran keseluruhan £40 juta termasuk bonus untuk pemain tersebut.

Dan pemain itu sudah setuju dengan syarat kontrak selama 5 tahun. Ianya sentiasa bukan masalah sebenar dalam rundingan ini kerana pemain itu sudah menyatakan kepada Bayern dia mahu menyertai The Reds.

Klopp teruja

Kehadiran Gravernbech pastinya melegakan Jurgen Klopp selepas terlepas beberapa pemain sasaran mereka untuk posisi tengah.

Sebelum ini Liverpool sudah mengesahkan pembeloan Wataru Endo dan kini menambah seorang lagi bagi posisi yang lebih kepada keseimbangan selepas mendapatkan Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai yang ofensif.

Gravenberch merupakan pemain yang bermain di posisi no.6 ataupun defensive midfielder.

Pemain itu menyatakan dia gembira menyertai salah sebuah pasukan terbesar di dunia. Dia juga sudah tak sabar untuk merasai pengalaman bermain di hadapan peminat Liverpool  di Anfield.

Klopp berkata: “Dia sangat sangat berbakat. Dia boleh melarikan bola, dia boleh menjadi pemain tengah box to box sebenar. Dia akan sampai ke tahap itu. Dia ada visi yang bagus untuk hantaran.”

“Sangat teruja, dia sesuai dengan skuad kami.”