RASMI: Leverkusen Tamatkan Badi Neverkusen Dan Julang Bundesliga!

Bayer Leverkusen akhirnya memuktamadkan persaingan Bundesliga dengan sah bergelar juara. Kejuaraan itu dicapai setelah Leverkusen dengan cemerlang menang 5-0 ke atas Werder Bremen.

Leverkusen menjulang Bundesliga buat kali pertama dalam sejarah kelab itu. Dan ianya bagai mimpi!

Hatrik daripada Florian Wirtz dan dua lagi gol sumbangan Granit Xhaka dan Boniface membuatkan stadium BayArena bergema dan diserang oleh penyokong Leverkusen.

Peminat mereka masuk ke padang meraikan hari bersejarah tersebut bersama dengan pemain dan pengurus.

Keputusan buruk Bayern dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum ini mempercepatkan lagi proses Leverkusen untuk bergelar juara. Skuad bimbingan Xabi Alonso menjadi juara pada perlawana ke-29. Dengan baki 5 lagi aksi.

Kini misi mereka adalah untuk menamatkan musim dengan status invincible serta treble, walaupun mereka mungkin akan menurunkan skuad kedua dalam liga selepas ini kerana fokus kepada UEL.

Leverkusen masih berada dalam persaingan UEL. Dan pada masa yang sama berada di final Piala DFB. Mereka boleh menamatkan musim ini sebagai juara treble.

Xabi Alonso menamatkan monopoli Bayern Munich selepas 11 musim berturut turut bergelar juara liga.

Selain itu, Leverkusen menjadi pasukan pertama menewaskan Bayern dalam perebutan Bundesliga selepas Borussia Dortmund pada musim 2011/12.

Xabi Alonso kini menjadi pengurus yang sangat dikehendaki kelab kelab besar di Eropah. Terutama sekali 3 bekas pasukannya, Bayern, Real Madrid dan Liverpool.

Namun beberapa minggu lalu dia sudah melafazkan ikrar setia dengan Leverkusen sekurang kurangnya untuk musim hadapan.

Xabi Alonso kini membantu Leverkusen menamatkan badi neverkusen. Leverkusen seringkali diejek peminat Bayern dan seteru mereka sebagai Neverkusen. Merujuk kepada kegagalan pasukan itu memenangi trofi dalam 31 tahun terakhir. Mereka juga kerap tersandung ketika menuju ke garisan penamat.

Kemuncak kepada ejekan Neverkusen itu adalah pada musim 2001/02, di mana mereka hanya 4 perlawanan terakhir daripada meraih treble. Dan mereka terlepas kesemuanya.

Kini selepas 31 tahun badi neverkusen itu berakhir. Dan mereka berpeluang menggapai 3 piala sekaligus pada musim ini.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai