Romelu Lukaku telah melengkapkan kepulangan semula yang menakjubkan ke Inter Milan secara pinjaman daripada Chelsea.
Dan kelab Serie A itu mengumumkan perkara itu secara rasmi. Begitu juga dengan Chelsea yang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Lukaku akan pergi secara pinjaman semusim.
Lukaku, 29, mengharungi musim 2021-22 yang sukar selepas perpindahan €115 juta ke Stamford Bridge dari Inter musim panas lalu, menjaringkan hanya lapan gol dalam 26 penampilan Liga Perdana.
Ketika di Chelsea, dia terlibat dengan kontroversi berikutan temu bual dengan Sky Sports Italia di mana dia menyatakan dia “tidak berpuas hati” dengan sistem yang digunakan pengurus Thomas Tuchel.
Dan menyatakan bahawa Lautaro Martinez – yang ketika itu dikaitkan dengan Chelsea – tak perlu datang ke Inter kerana dia akan kembali semula ke kelab itu nanti.
Kenyataan Lukaku membuatkan peminat Chelsea dan Tuchel marah.
Selepas itu, Lukaku terus gagal mendapatkan prestasi terbaiknya. Dan kemudian dia mahu pulang semula ke Inter Milan.
Tuchel cuba memberikan Lukaku beberapa peluang tetapi dia tetap gagal. Tuchel malah menyatakan bahawa, dia kerap memilih Kai Havertz walaupun dia bukan peyerang tulen, kerana dengan Havertz permainan Chelsea akan lebih lancar.
Pemain antarabangsa Belgium itu kembali ke Inter, yang dia bantu untuk memenangi Serie A pada 2021 dengan menjaringkan 24 gol dan membantu melakukan 10 assist dalam 36 perlawanan dalam kempen liga mereka.
Sumber yang sama memberitahu ESPN bahawa Chelsea pada asalnya menuntut bayaran pinjaman sekitar €20 juta untuk Lukaku tetapi akhirnya menerima perjanjian berstruktur berjumlah sekitar €12 juta termasuk bonus.
Sumber juga menambah bahawa Inter juga akan menampung gaji penyerang £300,000 seminggu itu. Lukaku bergelut untuk menembusi pasukan utama semasa kepulangan semulanya bersama Chelsea. Sama seperti ketika dia pertama kali bersama Chelsea, di mana ketika itu dia meninggalkan Chelsea pada 2014.
Dia juga pernah bermain untuk Anderlecht, West Bromwich Albion, Everton dan Manchester United.
Inter Milan menyambut kedatangan Lukaku dengan video khas:
👀🖤💙#FORZAINTER pic.twitter.com/T18spEjNat
— Inter (@Inter) June 29, 2022
Jelas sekali Lukaku gembira dalam kesipuan.
Lukaku disambut dengan meriah oleh penyokong Inter Milan. Dia dianggap wira kelab yang membantu mengembalikan semula Serie A ke dalam kabinet mereka.
Romelu Lukaku receives a warm welcome from the Inter fans ahead of his return to Italy.
Rom is smiling again. 😄 pic.twitter.com/T6PXSRERKw
— Squawka News (@SquawkaNews) June 29, 2022
Sudah tentunya Lukaku pun sangat gembira.
Romelu Lukaku's first words after touching down in Milan 🖤💙 pic.twitter.com/IZq36lXT9z
— GOAL (@goal) June 29, 2022
Dia sebelum ini dilaporkan sangat terdesak mahu ke Inter. Dia malah menelefon atau menghantar mesej kepada sesiapa sahaja di Inter termasuk pegawai dan pemain menyatakan bahawa dia mahu pulang.
Lukaku juga tanpa malu malu, bercakap sendiri dengan Tuchel dan pengurusan tertinggi Chelsea bahawa dia mahu pulang ke Inter Milan.
Chelsea kini memburu beberapa pemain untuk perpindahan kali ini. Raheem Sterling dan Raphinha antara nama yang dikaitkan.
Chelsea agak lambat bermula dalam jendela perpindahan kali ini kerana baru menyelesaikan isu pemilikan pasukan.
Selain itu, Todd Boehly masih dalam proses mencari pengarah sukan yang baharu selepas memecat Marina Granovskaia. Buat masa ini, Boehly sendiri mengetuai delegasi untuk jual beli pemain.