RASMI: Liverpool Ditaja Nike Mulai Musim Depan

Akhirnya rasmi, Liverpool baru sahaja mengumumkan penajaan Nike untuk jersi mereka bermula musim 2020/21.

Perjanjian melibatkan tempoh berberapa tahun itu akan bermula secara rasminya pada 1 Jun 2020.

Menerusi perjanjian tersebut, Nike akan membuat dan membekalkan jersi, pakaian travel, jersi latihan dan sebagainya.

Sebagai pembekal kit rasmi, perjanjian itu juga menyaksikan Nike turut menjadi pembuat jersi rasmi untuk pasukan lelaki, wanita, pasukan akademi, serta kakitangan kejurulatihan dan Yayasan Liverpool FC.

Liverpool dalam kenyataan media menyatakan:

“Kerjasama itu bertepatan dengan langkah kami untuk kemudahan latihan baru yang canggih di Kirkby untuk musim 2020/21, serta projek lain termasuk pelaburan dalam kemudahan sukan yang lebih baik untuk komuniti setempat.”

Billy Hogan, pengarah urusan dan ketua pegawai komersil LFC, berkata: “Kit ikonik kita adalah bahagian yang sangat penting dalam sejarah dan untuk identiti kita.”

“Kami mengalu-alukan kedatangan Nike ke dalam keluarga LFC sebagai pembekal kit kami yang baru. Dan kami mengharapkan mereka menjadi rakan kongsi luar biasa untuk kelab, sama ada di sini dan di seluruh dunia ketika kami terus mengembangkan fanbase kami.”

“Sebagai jenama, Nike mencerminkan cita-cita kami untuk pertumbuhan kelab ini, dan kami berharap akan dapat bekerja dengan mereka untuk membawakan produk baru dan menari kepada peminat.”

“New Balance telah menjadi pembekal rasmi kit kelab rasmi sejak tahun 2015 dan akan terus menjadi penaja kita sehingga penghujung musim 2019/20.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada New Balance atas sokongan mereka sejak beberapa tahun yang lalu dan mengucapkan selamat datang untuk masa depan,” tambah Hogan.

Bert Hoyt dari Nike berkata: “Kelab Bola Sepak Liverpool mempunyai warisan yang penuh kebanggaan dan identiti yang kuat.”

“Kerjasama dengan Liverpool FC menggariskan kepimpinan kami dalam bola sepak global dan dengan fanbase di seluruh dunia yang penuh semangat dan memiliki warisan yang kuat.”

“Mereka mempunyai masa depan yang sangat cerah.”

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Liverpool untuk memberi perkhidmatan kepada pemain dan penyokong dengan inovasi dan rekaan produk Nike.”

Kerjasama di antara Liverpool dengan Nike akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020.

Kontrak ini menyaksikan Liverpool akan diberikan angka tetap £30 juta semusim.

Namun begitu, Liverpool diberikan tambahan bonus atas jualan jersi. Ini bermaksud semakin banyak jersi dijual, semakin tinggi nilai yang Liverpool dapat.

Berdasarkan jualan jersi sebelum ini, Liverpool yakin dapat melonjakkan keseluruhan pendapatan sehingga lebih daripasa £100 juta menerusi sistem ini.

Durasi kontrak dilaporkan sepanjang 5 tahun. Di mana Liverpool sebelum ini berhadapan dengan tindakan saman oleh New Balance.

Namun Liverpool berjaya memenangi tuntutan itu.

Alasan utama ketidakpuasan hati NB adalah Liverpool yang memberitahu angka tajaan ditawarkan Nike untuk mereka cuba atasi.

Apa pun terima kasih NB. Banyak jersi khas bersama kamu. Juara Eropah. Juara Dunia semua berjenamakan NB. Kalau tiada kegelinciran sekali lagi, mungkin hujung musim ni jersi NB akan menjadi jersi juara England.

Baca yang lain