Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perletakan jawatan pengurus Luis Enrique.
Ini berikutan penyingkiran memalukan Sepanyol di tangan Maghribi pada aksi 16 akhir walaupun mereka dianggap memiliki lawan mudah.
Sebelum itu, Sepanyol turut tewas di tangan Jepun di peringkat kumpulan.
Enrique sebelum ini sudah memberikan bayangan bahawa dia sedar masa depannya ibarat telur di hujung tanduk.
Dia menjelaskan, jika dia yang berkuasa menentukan, dia mahu terus kekal sampai bila bila.
Namun demi kebaikan pasukan, mungkin ada beberapa pertimbangan harus dia buat.
RFEF dan Luis Enrique akhirnya memilih untuk menamatkan kerjasama antara mereka.
Enrique dilaporkan telah meletakkan jawatannya.
Dalam kenyataan rasminya, RFEF berkata:
RFEF berterima kasih kepada Luis Enrique di atas kerjanya yang bertanggungjawab dalam pasukan kebangsaan
RFEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis Enrique dan seluruh kakitangan kejurulatihannya yang menerajui pasukan kebangsaan sepenuhnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengurusan sukan RFEF telah menyerahkan laporan kepada presiden, untuk menentukan bahawa projek baru harus dimulakan untuk Pasukan Bola Sepak Sepanyol, dengan tujuan meneruskan pertumbuhan yang dicapai dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil kerja keras yang dijalankan oleh Luis Enrique dan rakan sekerja mereka.
Kedua-dua presiden, Luis Rubiales, dan pengarah sukan, JosΓ© Francisco Molina, telah menghantar keputusan itu kepada jurulatih.
Jurulatih Asturian itu berjaya memberikan motivasi baharu kepada pasukan kebangsaan sejak ketibaannya, pada 2018, melalui pengubahsuaian mendalam yang telah menyatukan generasi dengan kuat dalam pasukan dan dalam bola sepak Sepanyol.
Luis Enrique layak ke dua separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah, dan dia membantu pasukan mara ke separuh akhir Euro 2020 dengan caranya tersendiri dan melalui gaya yang jelas. Dia memilih bakat muda dan mempunyai harapan tersendiri untuk masa depan pasukan Sepanyol.
RFEF dengan penuh semangat mengucapkan selamat maju jaya kepada Luis Enrique dan pasukannya dalam projek profesional mereka di masa akan datang.
Jurulatih yang disayangi dan dikagumi oleh rakan sejawatannya dalam pasukan kebangsaan dan seluruh Persekutuan, yang akan sentiasa menjadi rumahnya.
π΄ OFICIAL | La @RFEF agradece a @LUISENRIQUE21 su trabajo al frente de la @SEFutbol
π https://t.co/6Cib6cpJ1l#GraciasLuisEnrique pic.twitter.com/wkAIMu2utd
β RFEF (@rfef) December 8, 2022
Menurut Fabrizio Romao, Luis Enrique kini sedia untuk kembali semula mengendalikan pasukan kelab.
Official. Luis Enrique leaves Spanish national team, statement confirms. π¨πͺπΈ #Qatar2022
Itβs over after internal meeting β as Luis Enrique is prepared to return to club football. pic.twitter.com/5oZ5PMrSTf
β Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 8, 2022