RASMI: Man United Tamatkan Kontrak Ronaldo Atas Persetujuan Bersama

Cristiano Ronaldo disahkan akan telah meninggalkan Manchester United berkuat kuasa serta-merta, kelab itu mengesahkan berita itu menerusi satu kenyataan rasmi pagi pagi buta waktu Malaysia.

Kenyataan itu menyebut bahawa kelab itu telah mencapai persetujuan bersama dengan pemain itu untuk menamatkan kontraknya.

Ronaldo pada hari ini turut menayangkan jam tangan terbarunya dengan menunjukkan detik ketika dia menanduk bola masuk ketika menentang Manchester United.

Ia dianggap isyarat jelas bahawa dia sudah sedia meninggalkan pasukan itu.

United dalam kenyataannya berkata: “Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta.”

“Kelab berterima kasih kepadanya atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan, dan mendoakan kesejahteraan dia dan keluarganya untuk masa depan.”

“Semua orang di Manchester United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan pasukan di bawah Erik ten Hag dan bekerjasama untuk memberikan kejayaan di atas padang.”

Ronaldo turut mengeluarkan kenyataan berikutan pengumuman itu – mengatakan dia masih sayangkan kelab dan peminat.

Dia berkata: “Berikutan perbualan dengan Manchester United, kami telah bersetuju untuk menamatkan kontrak kami lebih awal. Saya sayangkan Manchester United dan saya sayangkan peminat United, itu tidak akan pernah berubah. Namun, rasanya masa yang sesuai untuk saya mencari cabaran baharu .”

“Saya mendoakan kejayaan pasukan untuk baki musim ini dan untuk masa depan.”

Menurut Fabrizio Romano, Ronaldo dan United mencapai kesepakatan tanpa sebarang pampasan. Demi menjaga hubungan antara kedua dua pihak. Kerana Ronaldo antara legenda di Old Trafford.

Penamatan kontrak atas persetujuan bersama itu dibuat seminggu selepas Ronaldo menggoncang kelab itu dalam wawancara TV yang lantang dan tanpa berlapik dengan Piers Morgan.

Di mana kemuncak kepada berakhirnya karier Ronaldo adalah ketika dia mengisytiharkan bahawa dia tidak akan menghormati Erik Ten Hag lagi kerana pengurus itu tidak menghormatinya.

Seterusnya dia menyatakan bahawa kelab tersebut telah mengkhianatinya.

Beberapa kelab sudah pun mulai dikaitkan dengan Ronaldo yang boleh ditandatangani secara percuma dan didaftarkan pada Januari akan datang.

Chelsea antara kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu kerana pemilik kelab, Todd Boehly merupakan peminat tegar CR7.

Selain itu Newcastle United juga dikaitkan dengan Ronaldo namun kelab itu dikatakan telah menafikan bahawa mereka mahukan Ronaldo. Kerana had bil gaji mereka masih menjadi halangan utama mereka.

Sebelum ini Ronaldo dikaitkan dengan kelab seperti Sporting Lisbon, Bayern Munich dan Atletico Madrid.

Apa yang pasti Ronaldo pernah mendedahkan bahawa sebenarnya banyak kelab mahukannya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.