RASMI: Man United Umum De Ligt Dan Mazraoui Sekaligus

Manchester United memperkenalkan 2 pemain sekaligus beberapa jam yang lalu iaitu Matthijs De Light dengan Noussair Mazraoui. Kedua dua pemain dibeli dari Bayern Munich.

Rundingan telah dibuat sejak awal jendela perpindahan musim panas lagi. Namun sebelum ini United dan Bayern gagal dalam kesepakatan harga.

Kedua dua pemain  sejak awal lagi sudah menyatakan persetujuan dengan syarat dan terma peribadi ditawarkan Manchester United.

Tetapi rundingan pada masa itu masih lagi positif dan kedua dua kelab terus berunding untuk harga terbaik.

Bayern berkeras bahawa harga De Light adalah €50 juta. Ini yang menjadi masalah utama dalam rundingan. Kerana Mazraoui memiliki harga yang boleh dianggap memuaskan hati United.

Tetapi keutamaan United adalah De Ligt setelah Lenny Yoro mengalami kecederaan. Selain itu United juga cuba untuk menjual Aaron Wan Bissaka terlebih dahulu sebelum mendapatkan Mazraoui.

Wan Bissaka semalam disahkan menyertai West Ham United dengan kontrak 7 tahun. Pemain itu dianggap tidak sesuai dengan taktikal Erik Ten Hag.

Setelah rundingan dibuat lagi United akhirnya menyepakati harga kedua dua pemain tersebut, De Ligt dan Mazraoui yang juga bekas pemain Ajax sebelum ini.

Man United setuju untuk membayar €50 juta untuk mendapatkan De Ligt dengan pecahan pembayaran €45 juta secara tetap dan €5 juta lagi adalah bentuk bonus. Ini selepas Bayern berkeras tidak mahu menjual pemain itu lebih murah kerana dia masih muda dan merupakan pemain berkualiti.

Bayern menjual De Ligt setelah persetujuan dengan pemain itu pada musim lalu lagi bahawa pemain itu akan meninggalkan kelab itu. Ketika itu De Ligt kecewa kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Bayern.  Setelah pertukaran pengurus di Bayern, kesepakatan itu masih lagi ada, dan pemain mahukan perpindahan ke kelab lain.

“Sejurus selepas saya mendengar Man United mahukan saya, saya terus merasa keterujaan dan peluang untuk menyertai kelab bersejarah,” tegas pemain antarabangsa Ajax itu yang pernah menjadi tunjang penting Ajax era Erik Ten Hag dahulu.

Sebelum ini Ten Hag menggariskan betapa dia teruja apabila bahagian scout pemain mencadangkan kepadanya nama De Ligt. Dan terus dia kata dia mahukan pemain itu berada dalam pasukannya.

Mazraoui pula melibatkan perpindahan sebanyak €20 juta secara keseluruhan dengan bayaran tetap adalah €15 juta dan bakinya adalah bonus. Dia juga merupakan bekas pemain Ajax di bawah kendalian Ten Hag dahulu.

Dia dijangka akan menjadi pemain utama Ten Hag secara terus kerana sistem permainan yang mahu diterapkan pengurus itu.

De Light menjadi pemain bek tengah baharu milik Manchester United. Dengan dia diberikan jersi no.4 oleh kelab itu.

Sementara itu Noussair Mazaroui pula diberikan jersi no.3 oleh Man United. Kedua dua pemain bernaung di bawah ejen yang sama iaitu Rafaela Pimenta – penyambung legasi mendiang Mino Raiola di agensi mereka.

Man United benar benar lebih serius dan lebih baik dalam perpindahan mereka kali ini di bawah INEOS. Dan segalanya dilihat lebih baik berbanding sebelum ini.

Man United malah dijangka akan mendapatkan Ugarte dari PSG pula selepas ini untuk menguatkan lagi bahagian tengah mereka.

Ianya menunjukkan betapa seriusnya Sir Jim Ratcliffe mahu membantu United kembali menjadi juara England sekali lagi. Sebelum ini Erik Ten Hag menyatakan bahawa mereka mensasarkan kejuaraan EPL dan UCL dalam beberapa tahun ini untuk kelab tersebut.