Manchester City telah mengesahkan bahawa pemain mereka, Benjamin Mendy digantung oleh kelab setelah dia ditahan oleh polis hari ini, berhubung dengan kes rogol.
Kelab juga menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberikan komen lebih lanjut sehingga proses perundangan selesai.
Menurut Daily Mail, bintang Man City, Benjamin Mendy, 27, didakwa dengan empat tuduhan merogol dan satu serangan seksual terhadap tiga orang dan sekarang rasmi digantung oleh kelabnya.
Benjamin Mendy telah didakwa dengan empat pertuduhan merogol, kata wakil Cheshire Constabulary.
Dalam satu kenyataan oleh pasukan pendakwaan berkata: “The Crown Prosecuting Service (CPS) telah memberi kuasa kepada Cheshire Constabulary untuk mendakwa seorang lelaki yang berkaitan dengan tuduhan melakukan serangan seksual.”
Benjamin Mendy, berusia 27 tahun, telah didakwa dengan empat pertuduhan merogol dan satu tuduhan melakukan serangan seksual.
“Tuduhan tersebut berkaitan dengan tiga pengadu yang berusia lebih dari 16 tahun dan diduga berlaku antara Oktober 2020 dan Ogos 2021.”
‘Mendy, Prestbury, telah direman dalam tahanan polis dan akan hadir di Mahkamah Majistret Chester pada hari Jumaat 27 Ogos.”
“Cheshire Constabulary dan Crown Prosecuting Service ingin mengingatkan semua orang bahawa prosiding jenayah terhadap Mendy masih berjalan dan bahawa dia mempunyai hak untuk perbicaraan yang adil”
“Sangat penting bahawa tidak ada laporan, komen atau perkongsian maklumat dalam talian yang dengan cara apa pun dapat mengganggu proses yang sedang berjalan.”
Statement from Cheshire police this afternoon. Benjamin Mendy charged with four counts of rape and one count sexual assault. Three complainants. Police plead for no reporting or commentary that could prejudice proceedings. pic.twitter.com/D8tdBIQC2t
— Adam Crafton (@AdamCrafton_) August 26, 2021
Jurucakap Manchester City berkata:
“Manchester City dapat mengesahkan bahawa setelah dia didakwa oleh polis hari ini, Benjamin Mendy telah digantung sementara oleh kelab sementara dalam siasatan.”
“Perkara itu sebagai menghormati proses undang-undang dan oleh itu Kelab tidak dapat memberikan komen lebih lanjut sehingga proses itu selesai.”
Benjamin Mendy merupakan pemain yang masih bergelut dengan prestasinya dalam beberapa musim terakhir ini. Dia kehilangan tempat kepada Joao Cancelo dan juga Zinchenko.
Dengan berita ini, masa depan Mendy di kelab juga bergantung kepada sama ada dia dapat membuktikan dia tak bersalah ataupun sebaliknya.
Kes ini juga membuatkan Mendy berisiko hilang tajaan dan kelab juga menanggung akibatnya. Walaupun ianya sekadar masih dalam siasatan.
Club statement.
— Manchester City (@ManCity) August 26, 2021
Beberapa bulan lalu bekas pemain Man City, Robinho juga terpalit dengan jenayah rogol. Sementara itu dahulu Adam Johnson pula dipenjara kerana bernafsu kuda ke atas kanak kanak bawah umur.