RASMI: Manchester United Umum Godfather Gegenpressing, Ralf Rangnick

Manchester United secara rasmi mengumumkan bahwaa Ralf Rangnick sebagai pengurus interim mereka yang baharu. Di mana Rangnick yang merupakan pengurus yang digelar Godfather bola sepak Jerman ataupun Godfather Gegenpressing, akan menjadi pengurus interim sehingga akhir musim ini.

Namun Rangnick akan kekal 2 tahun lagi selepas itu sebagai penasihat kelab. Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtough bangga dengan kejayaan Man United mencapai kesepakatan dengan Rangnick.

Murtough berkata: “Beliau merupakan calon utama kami untuk interim. Kerana beliau memiliki nilai kempimpinan tak ternilai serta keupayaan teknikal yang beliau miliki selama lebih 4 dekad dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan.”

“Semua orang di kelab ini sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau untuk baki musim ini, dan kemudian untuk 2 tahun lagi atas kapasiti penasihat kelab.”

Ralf Rangnick berkata: “Saya benar benar teruja menyertai Manchester United dan fokus kepada usaha menjadikan musim ini berjaya untuk kelab ini.”

“Skuad ini sarat dengan bakat dan ada keseimbangan yang sangat baik di antara pemain muda dan berpengalaman. Usaha saya pada enam bulan ini adalah untuk sepenuhnya membantu pemain pemain ini mencapai potensi mereka, secara individu dan juga paling penting, secara berpasukan.”

“Selain itu, saya sudah tak sabar untuk membantu kelab ini pada tempoh yang lebih panjang atas kapasiti konsultansi.”

Namun begitu Man United mengesahkan bahawa Rangnick belum sempat memulakan tugasannya buat masa ini. Kerana beliau masih dalam proses menyelesaikan isu visa dan permit kerjanya.

Jadi Michael Carrick akan terus menjadi pengurus sementara sehinggalah kesemua urusan itu selesai.

Siapa Ralf Rangnick?

Fabrizio Romano sebelum ini memetik sumber daripada David Ornstein dari The Athletic menyatakan: “Manchester United sedang dalam perbincangan dengan Ralf Rangnick untuk menjadi pengurus interim.”

Man United sebelum ini berpisah dengan Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan 4-1 di tangan Watford.

Selain Rangnick, Man United menyenarai pendek calon interim lain termasuk Rudi Garcia, Lucien Favre, Paulo Fonseca dan Ernesto Valverde.

Seterusnya, Rangnick perlu menyelesaikan perletakan jawatannya di Lokomotiv Moscow sebagai ketua sukan dan pembangunan.

Sebelum ini pernah apply

Rangnick pernah berunding dengan Man United sebelum ini, namun ketika itu Man United memutuskan untuk memilih Louis Van Gaal. Dan kemudian Rangnick sekali lagi berbincang untuk menyertai Man United, tetapi Ed Woodward kemudian memilih Jose Mourinho.

Dia bercakap dengan Woodward dan Murtough sekali lagi pada hari Isnin dan dilihat sebagai pilihan utama kelab jika mereka dapat memenuhi tuntutannya mengenai bidang tugas dan konsultansi masa depan.

Dia menolak tawaran awal, tetapi kemudian Rangnick telah menerima syarat baharu. Rangnick juga telah dikaitkan dengan pekerjaan jawatan di Chelsea dan Everton beberapa tahun yang lalu.

Kelab Rusia itu masih perlu untuk bersetuju untuk melepaskan Rangnick daripada kontraknya, walaupun United difahamkan tidak melihat ini sebagai penghalang kepada pengurus yang digelar master taktikal ataupun Godfather of German Football, berusia 63 tahun itu mengambil alih jawatan interim.

Sebelum ini Rangnick menjadi pengarah sukan dan pembangunan di Red Bull Salzburg, RB Leipzig sebelum ke Lokomotiv Moscow di Russia.  Rangnick turut pernah menjadi pengurus Leipzig.

Ketika di Leipzig dan Salzburg, Rangnick menjadi orang penting dalam melahirkan bakat seperti Sadio Mane, Erling Haaland, Timo Werner dan Dayot Upamecano.

Kini Rangnick sudah sedia untuk bekerjasama dengan bintang berpengalaman seperti Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani serta deretan bakat muda termasuk Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Mason Greenwood.

Masih tidak pasti sama ada Rangnick dibenarkan untuk membawa staf kejurulatihannya secara penuh ataupun perlu bekerjasama dengan staf yang ditinggalkan Solskjaer sebelum ini.

Kieran McKenna, Mike Phelan dan Michael Carrick masih di OId Trafford walaupun Ole dah pergi. Ini kerana 3 nama tersebut sebelum ini baru dilanjutkan kontrak 3 tahun.

United mahukan Mauricio Pochettino namun pengurus itu menolak untuk menjadi interim. Dia mahukan terus menjadi pengurus tetap.

Kemudian rundingan menjadi rumit kerana Zidane dikatakan kurang berminat dengan PSG. Yang membuatkan PSG tidak mahu melepaskan Pochettino.

Walaupun Pochettino enggan dikaitkan dengan rumors ke United namun beliau tidak menolak sepenuhnya perkara itu. Kerana menurutnya, bola sepak sentiasa ada kejutan.

Rangnick sang pembangun bakat

Ketika di Leipzig Rangnick memperkasakan jabatan scouting dan menambah kejurulatihan untuk membantu bakat muda. Beliau kemudian membawa masuk pemain pemain muda seperti Naby Keita, Sadio Mane dan Kevin Kampl  yang ketika itu tidak ternama.

Rangnick turut memperkasakan hubungan kelab dengan penyokong.

Jadi adakah anda rasa Rangnick akan berjaya mengubah Man United menjadi setan merah yang ganas?

Secara peribadi, ianya adalah langkah pertama yang penting untuk Man United membentuk taktikal yang moden. Namun Rangnick harus sedar bahawa beliau pada masa yang sama perlu mendapatkan keputusan segera kerana situasi kelab ketika ini.

Baca artikel di bawah untuk mengetahui kepoweran Rangnick dalam isu taktikal.

[VIDEO] Rangnick Jelaskan Peranan Pengurus Dalam Taktikal & Bagaimana Dia Bentuk 4-2-2-2

Mungkin ramai yang tertanya tanya, adakah dia seorang tactician yang bagus? Dua video di bawah ini mungkin akan membantu anda dalam memberikan impression pertama anda.

Rangnick menjadi rujukan ramai pengurus muda hari ini di Jerman terutamanya. Antaranya Jurgen Klopp dan Julian Nagelsmann serta Ralph Hussehuntl.

Dalam satu sesi dengan Coaches Voice, Ralf Rangnick memukau audien dengan kemampuannya menghuraikan aspek taktikal dan pengurusan pasukan.

Pertamanya beliau menjelaskan tentang peranan ketua jurulatih ataupun pengurus serta pembangunan pemain yang berterusan.

Rangnick berkata:

“Cuba kita tengok kembali kat Liverpool dan Jurgen Klopp.”

“Jika anda semua melihat permbangunan mereka dan .. kita fokus kepada dua daripada tiga orang penyerang mereka.”

“Mereka ada Mo Salah, mereka ada Roberto Firmino dan mereka ada Sadio Mane.”

“Dan ketiga tiga mereka adalah daripada 3 negara berbeza. Dua daripada mereka pernah bekerja dengan saya. Roberto Firmino merupakan signing terakhir saya ketika di Hoffenheim.”

“Saya nak beritahu kamu, ketiga tiga mereka termasuk Mo Salah, ketika mereka tiba di Eropah, mereka bukan pemain ball winners semulajadi.”

“Mereka bukanlah pemain seperti yang semua orang lihat [sekarang], wah mereka adalah mesin pressing. Bukan!”

“Semua aspek yang ada pada mereka adalah kerana peranan jurulatih dan staf kejurulatihan mereka.”

“Jika mereka dapat bermain bola sepak pada tahap intensiti setinggi ini, bermakna itu adalah hasil kerja daripada jurulatih mereka.”

“Ini menunjukkan kepada kita semua, perkara seperti ini tidak mustahil berlaku jika jurulatih mereka memiliki mindset dan idea yang jelas bagaimana pasukan dia harus bermain, inilah yang akan berlaku.”

“Biar saya kongsi satu perkara dengan kamu. Misalnya, Jurgen Klopp, saya sendiri, Julian Nagelsmann ataupun Hussehuntl, memberitahu para pemain kami bahawa 12 malam ini kita semua akan berkumpul di padang latihan selama sejam.”

“Kita adakan perjumpaan di bilik mesyuarat dan malam itu kita akan bermai aksi dua babak 15 minit, 11 lawan 11.”

“Mereka ini, walaupun masih mengantuk sekalipun, para pemain mereka secara automatik akan bermain dengan high speed pressing, counter pressing dan juga bola sepak transitional.”

“Kerana semua itu sudah sebati dalam jiwa, dalam minda dan darah mereka.”

“Dan jika kita di dalam ruangan ini berbicara hati ke hati.. Apakah tugas ketua jurulatih ataupun pengurus pasukan? Kamu ada ada idea yang jelas bagaimana pasukan saya akan bermain.”

“Ianya boleh jadi lebih cenderung kepada gaya Pep Guardiola, atau gaya Diego Simeone, atau gaya Hansi Flick, gaya Julian Nagelsman ataupun gaya Jurgen Klopp.”

“Itu semua adalah variasi, pada bahagian berbeza, di mana Pep Guardiola lebih kepada pengurus yang menggemari pemain berteknikal tinggi. Manakala Jurgen Klopp lebih menggemari pemain gaya band heavy metal.”

“Namun apa persamaan mereka adalah mereka sememangnya tahu, macamana gaya bola sepak yang mereka mahu mainkan.”

“Ianya seperti, di dalam otak mereka, ada video permainan bola sempurna, itu ada dalam otak mereka.”

“Dan tugasan pengurus bola sepak adalah mentransformasi idea bola sepak ini ke bahagian kepala, otak dan darah pemain mereka.”

“Ini yang saya panggil motivasi. Ianya adalah satu proses memindahkan kepercayaan, keyakinan tentang idea bola sepak.”

“Seperkara yang lain lagi, kamu ada kemampuan bercakap di hadapan pemain sebelum perlawanan… untuk memarakkan dan menaikkan semangat para pemain.”

“Yang ini tiada kaitan dengan motivasi, ini adalah inspirasi.”

“Motivasi pula perihal memindahkan idea saya. Namun untuk melakukannya, kamu perlu tahu, bola sepak jenis apa yang kamu mahu peragakan.”

“Saya tak boleh bercakap, nak macam ni sikit sikit, nak macam tu sikit sikit. Nak pressing sikit macam ni.”

“Apa tu pressing sedikit ya? Ianya tak ubah seperti kamu mahu mengandung sikit sikit [itu mustahil]. Sekarang ni, kamu nak pressing atau tidak? Ya atau tidak. Tak ada pressing sedikit sikit sikit.”

“Kamu faham maksud saya kan. Idea itu harus ada dalam minda kamu dahulu. Barulah kamu boleh mengajar, mendidik, membangunkan pasukan kamu sendiri. Kamu perlu memastikan apa jenis bola sepak yang saya mahu mainkan.”

“Dan ini adalah persamaan yang dimiliki oleh pengurus pengurus handalan di Eropah.”

“Perkara yang mengujakan saya adalah menyaksikan perbezaan bola sepak mereka. Maksud saya, jika kamu lihat pasukan Atletico Madrid bermain, walaupun kamu tak pakai kacamata sekalipun dan datang daripada planet lain, kamu akan tahu, ini adalah bola sepak gaya Simeone. Oh ini pula bola sepak Thomas Tuchel. Ini pula bola sepak Jurgen Klopp dan sebagainya.”

“Jadi pada pandangan saya, tugas utama pengurus bola sepak adalah memastikan transformasi ini berjaya.”

Saksikan sedutan ringkas daripada sesi tersebut dengan klik pada pautan di bawah ini:

Selain itu Rangnick turut menjelaskan kenapa beliau mewujudkan sistem 4-2-2-2 di RB Salzburg satu ketika dahulu.

Rangnick berkata:

“Roger [Schmidt] sentiasa mahu bermain dengan 4-2-3-1. Penyerang itu ialah Jonathan Soriano, tetapi kami mempunyai penyerang kedua, Alan yang cedera. Kami pun tak tahu bila dia akan pulih.”

“Selepas dia kembali dari kecederaan lutut, setiap kali dia masuk dia menjaringkan gol. Soriano pula tidak gembira kerana tidak bermain.”

“Jadi Roger dan saya mengadakan perbincangan.”

“Roger, kita mempunyai dua penyerang yang akan menjaringkan 30 gol setiap seorang dalam liga Austria, jadi kita perlu menurunkan kedua-duanya.”

“Adalah masuk akal kita bermain dengan dua penyerang tengah. Kami kemudiannya boleh terus menyerang pihak lawan dan masih mempunyai Sadio Mané di sebelah kiri dan Kevin Kampl di sebelah kanan.”

“Kami memutuskan formasi yang, di Jerman dan Austria, tiada pasukan lain telah bermain – 4-2-2-2.”

“Empat bek, dua nombor enam – satu lebih kepada lapan [CAM] – dua nombor 10, dan dua penyerang. Mané dan Kampl tidak bermain di bahagian sayap; mereka bermain dalam ‘half space’ yang kami panggil “zon merah”.”

“Sejak itu, kami hebat, dan sangat sukar untuk pasukan lain menyerang. Itu adalah tugas ketua jurulatih dan pengarah sukan – untuk memastikan bahawa pasukan boleh beraksi dan menang, dan pemain dapat berkembang.”

“Kami mempunyai profil yang jelas tentang pemain yang kami mahukan, dan perkara yang sama berlaku dengan jurulatih.”

“Kami tahu jenis jurulatih yang kami perlukan untuk masa depan, jadi kami sentiasa mempunyai senarai pendek. Kami juga mendidik scout kami dalam gaya bola sepak kami, jika tidak mereka tidak akan tahu jenis pemain yang kami cari.”

“Bola sepak moden memang begitu. Anda perlu sentiasa merasakan keghairahan itu untuk permainan, tetapi anda juga perlu sentiasa berusaha untuk belajar.”

“Pada hari yang sama saya mendapati bahawa saya tidak mahu belajar lagi, maka ianya adalah hari semuanya berakhir.”

Baca yang lain