Berita yang mungkin agak mengejutkan apabila Marc Marquez memutuskan untuk meninggalkan pasukan Repsol Honda pada akhir musim ini. Bermakna MotoGP 2023 akan menjadi musim terakhir Marc Marquez menunggang Repsol Honda.
Keputusan ini diumumkan telah pun secara rasmi oleh pengeluar Jepun pada Rabu. Dengan Marc Marquez menamatkan kontraknya lebih awal daripada 2024.
“Honda Racing Corporation dan Marc Marquez telah bersetuju untuk menamatkan kontrak empat tahun mereka lebih awal pada penghujung musim MotoGP 2023,” kata kenyataan rasmi Honda.
Kenyataan ini seolah-olah mengesahkan khabar angin mengenai masa depan Marquez yang bertiup liar sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Marquez dikatakan sudah semakin muak dengan prestasi buruk Honda sepanjang 2-3 musim kebelakangan ini.
Marquez sudah beberapa kali secara terbuka mengancam akan meninggalkan Honda jika pengeluar itu tidak memperbaiki aspek teknikal dan kuasa motosikal mereka.
Keputusan itu dianggap sangat mengecewakan Honda kerana mereka seringkali mengorbankan pelumba lain demi mencipta prestasi terbaik motosikal sesuai dengan Marquez. Dan ketika pasukan itu dalam prestasi tidak menentu Marquez meninggalkan mereka.
Honda menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan pengeluar Eropah, yang hanya dua kali naik podium. Selepas meninggalkan Honda, Marquez dilaporkan mahu menyertai pasukan Ducati Satellite, Gresini.
🚨 BREAKING: Marc Marquez will leave Honda “by mutual agreement” and switch to Gresini Racing for the 2024 #MotoGP season ✍️
Are you looking forward to watching #MM93 on a Ducati? 🤔 pic.twitter.com/3b2HiHKa4F
— Autosport (@autosport) October 4, 2023
“Kedua-dua pihak akan terus menyokong antara satu sama lain dalam baki musim MotoGP 2023. HRC mendoakan yang terbaik untuk Marc Marquez untuk masa depan.”
Marquez telah bersama Honda selama 11 tahun dengan lapan gelaran perlumbaan motosikal dunia, enam daripadanya dimenangi dalam kelas MotoGP. Selain itu, Marquez memenangi lima mahkota tiga kali ganda, 59 kemenangan, 101 podium dan 64 petak pertama.
Musim ini, Marc Marquez berada di kedudukan ke-15 dalam kedudukan MotoGP dengan 64 mata.
THIS IS NOT A DRILL
MARC MARQUEZ AND HONDA ARE PARTING WAYS pic.twitter.com/944MfkUcdb
— Simon Patterson (@denkmit) October 4, 2023
Ada juga peminat menyatakan bahawa prestasi Marquez yang tidak menentu adalah kerana kesan kecederaan serius dialaminya sebelum ini. Dan mereka menegaskan ianya salah Marquez sendiri kerana mendesak untuk terus berlumba walaupun tidak pulih sepenuhnya pada masa itu.
Ini adalah detik yang dianggap mengubah segalanya dalam karier Marc Marquez.
😱 @marcmarquez93 will undergo surgery after this horrendous crash at Jerez!
We wish the world champion the very best in his recovery! 💪#SpanishGP 🇪🇸 pic.twitter.com/BOSmDo7dfG
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) July 19, 2020
Hanya selepas dua hari selepas pembedahan, Marquez telah menghadiri sesi MotoGP di Jerez pada Julai 2020, dalam usahanya untuk terlibat di dalam perlumbaan tersebut.
De Rozas juga melaporkan bahawa Marquez kecewa kerana ramai orang menganggapnya ‘gila’ ketika dia bertekad untuk mencuba hanya beberapa hari selepas operasi pertama.
Dia menegaskan bahawa dia tidak ‘gila’ dan pada masa yang sama tidak mahu dianggap sebagai ‘pahlawan’. Namun usahanya tidak berhasil selepas beliau mencuba menunggang motosikal dalam dua sesi latihan bebas namun merasai kesakitan pada tulang humerus.
The arm of Marc Márquez after riding four days after his operation 😳
No wonder he’s decided to sit this one out…#AndaluciaGP
📸 @antonioboselli pic.twitter.com/yvQ8ARacFd
— MotoGP on TNT Sports (@motogpontnt) July 26, 2020
Marquez kemudian perlu menjalani pembedahan susulan dan membuatkan dia berehat panjang. Dia mengakui keputusannya untuk cuba kembali berlumba di Jerez hanya beberapa hari selepas perlumbaan adalah satu kesilapan.
Pada Disember 2020 dia mengeluarkan kenyataan: “Pertama sekali, usaha untuk saya terus kembali berlumba selepas kecederaan itu adalah sangat cuai. Plat pada tangan saya mula pecah ketika di rumah, ketika saya membuka pintu ‘sliding’ untuk keluar ke halaman rumah. Tetapi plat besi itu tidak pecah sepenuhnya di situ. Semuanya kerana tindakan saya di Jerez yang merenggangkan tangan saya terlalu kuat.”
Marquez kemudian menyalahkan doktor perubatan yang tidak menerangkannya impak yang dia akan tanggung daripada tindakannya itu.
Marquez berkata: “Usaha untuk cuba kembali di Jerez satu kesilapan. Saya telah belajar bahawa pelumba mempunyai kelebihan dan kecacatan, di mana pelumba tidak melihat ketakutan, jadi mereka [doktor] perlu membuat kami melihatnya.”
“Selepas pembedahan pertama, soalan pertama setiap penunggang ialah: bila saya boleh berlumba semula? Dan doktorlah yang perlu tahu bagaimana untuk menghalang anda, dialah yang harus realistik. Saya pergi ke Jerez dengan ketenangan fikiran bersama cengkaman plat besi kerana mereka memberitahu saya begitu.”
“Saya berani tetapi tidak sedar tindakan diri saya. Jika mereka memberitahu saya bahawa plat boleh pecah, saya tidak akan menaiki motosikal 300km/j.”
Marquez kemudian menjalani pembedahan susulan selepas banyak masalah lain lagi timbul. Bukan sahaja plat pecah atau rosak, tetapi terdapat jangkitan kuman pada tulangnya pada masa itu dan memerlukan dia pergi ke hospital pakar di Madrid. Dia kemudian bertekad akan memastikan dirinya benar benar sembuh barulah dia kembali semula.
Ketika Marquez berehat panjang Repsol Honda bergelut untuk mencapai keputusan terbaik. Podium semakin sukar dari jangkauan mereka.
Marquez harus diakui pelumba penting dalam membantu analisis data bagi meningkatkan prestasi motosikal. Dan Honda terus dipintas pasukan lain.
Ketika Marquez kembali semula segalanya sudah berubah. Honda dah di belakang pengeluar lain dari segi kuasa motosikal. Marquez sentiasa menyatakan dia bukan masalah untuk Honda, sebaliknya motosikal yang dia tunggang jauh di belakang yang lain.
Kita tengok selepas ini adakah Marquez dapat membuktikan bahawa dia masih pelumba elit?