RASMI: Marquez Tarik Diri Daripada GP Andalusia Kerana Semakin Sakit

Pelumba Repsol Honda Marc Marquez mengesahkan bahawa beliau tidak akan berlumba dalam Grand Prix Andalusia.

Sebelum ini keputusan beliau untuk menyertai sesi latihan di Jerez telah mendapat pandangan yang berbagi daripada pelbagai pihak.

Ada yang mengkritik Repsol Honda menyatakan bahawa mereka tidak seharusnya membenarkan Marc Marquez berlumba.

Ini kerana ianya sangat berisiko untuk seorang pelumba yang tidak berada dalam kondisi terbaik mengendalikan jentera berkuasa besar di atas litar dengan kelajuan yang sangat tinggi.

Mereka juga menyearankan agar Honda perlu menggunakan kuasa yang ada pada pasukan untuk menghalang pelumba yang cedera daripada mengambil risiko.

Marquez tiba di Jerez untuk menguji kondisi sebenar beliau menerusi sesi latihan bebas.

Beliau sendiri mengakui bahawa Beliau akan membuat keputusan selepas berbincang dengan pasukan dan doktornya.

Pelumba Pramac Ducati, Francesco Bagnaia, antara yang memberikan komen tentang perkara itu.

Beliau nyatakan setiap pihak harus menghormati keputusan daripada Marc Marquez.

Semalam ramai terkejut dengan penampilan Marquez dalam sesi latihan.

Padahal beberapa hari sebelum itu beliau baru menjalani prosedur pembedahan tangan kanannya Kerana kemalangan dalam Grand Prix Sepanyol.

Ramai yang menganggap Marc Marquez sebagai superhuman.

Doktor yang membedah beliau menyatakan untuk kecederaan yang dialami Marquez ianya memerlukan masa sekitar 8 minggu untuk pulih.

Bagi kes yang terpencil, paling cepat adalah 6 minggu.

Namun dalamlam beberapa kes yang melibatkan para atlet profesional, mereka lebih cepat sembuh kerana mereka berdisiplin dan memiliki rutin rehabilitasi yang terbaik.

Ini dibantu oleh fasiliti dan peralatan yang canggih serta pegawai yang sentiasa memantau perkembangan mereka 24 jam.

Marquez ataupun The Baby Alien – tampil pada latihan bebas ketiga dan keempat di Jerez, litar yang sama di mana beliau terlibat dalam kemalangan seminggu yang lalu.

Akan tetapi pada dua latihan bebas tersebut, Marquez ternyata gagal menunjukkan aksi cemerlang.

Marquez ditemani doktor beliau di pit pasukan.

Pengurus Repsol Honda, Alberto Puig menyatakan: “Dia mulai merasakan lebih kesakitan, dan semakin tak selesa.”

“Jadi kami memutuskan, yang terbaik adalah tidak menyertai perlumbaan.”

Penarikan diri oleh Marquez ini disambut baik oleh ramai peminat beliau sendiri yang mahukan pelumba itu menumbuhkan perkara yang penting terlebih dahulu iaitu kesembuhannya.

Malah ramai juga percaya Marc Marquez pasar mampu untuk mencabar kejuaraan walaupun tidak terlibat dalam beberapa perlumbaan.

Itu lebih baik daripada meletakkan diri dia dalam risiko kepada kemalangan yang lebih teruk.

Baca yang lain