RASMI: Mauricio Pochettino Pengurus Baru Chelsea

Chelsea mengumumkan Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu mereka.

Pochettino bersetuju dengan kontrak 3 tahun sehingga 2026.

Pochettino akan mula bertugas pada 1 Julai 2023. Dengan bekas pengurus PSG dan Spurs itu turut membawa staf kejurulatihannya sendiri.

Pochettino sebelum ini menjadi antara nama yang dikaitkan dengan banyak kelab termasuk bekas kelab lamanya, Tottenham Hotspur.

Namun Daniel Levy dilaporkan kurang berminat dengan idea membawa pulang semula Pochettino. Kerana reputasi pengurus itu sebelum ini yang pernah mengkritiknya secara terbuka.

Oleh sebab itu, tiada sebarang tawaran rasmi dibuat Spurs ke atas bekas pengurus mereka itu.

Chelsea memecat 2 pengurus pada musim ini iaitu Thomas Tuchel dan Graham Potter.

Mereka kemudian melantik Frank Lampard menjadi pengurus interim.

Chelsea berbelanja lebih EUR600 juta pada musim ini. Namun gagal menamatkan musim di 4 teratas.

Mereka malah mengalami musim terburuk dengan 16 kekalahan, memaksa mereka menamatkan liga di luar 10 teratas.

Pochettino sudah diberitahu bahawa dia harus mengeluarkan beberapa pemain dalam pasukan yang terlalu besar. Terutama sekali selepas Chelsea gagal melayakkan diri ke UCL.

Pochettino juga harus membina semula pasukan berdasarkan beberapa pemain baharu iaitu Enzo Fernandez dan Mudryk.

Perkara yang gagal dilakukan Potter dan juga Lampard pada musim ini.

Beberapa nama pemain sudah disenaraikan untuk dilepaskan oleh Chelsea sebelum ini. Termasuk Mason Mount, Pulisic, Kovacic.

Namun terserah kepada Pochettino sama ada dia menukar perancangan tersebut.

Pochetttino turut berminat mahu membawa masuk beberapa pemainnya sendiri. Ini termasuk Lautaro Martinez, Alexis Mac Allister, Emi Martinez dan juga Declan Rice.

Pemilik Chelsea menganggap Pochettino sebagai pengurus world class.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai