RASMI: MBI Umum Projek Stadium Shah Alam Baharu, Ada Teknologi Kawalan Kelembapan Dan ‘Retractable Pitch’

MBI pada hari ini mengumumkan bahawa stadium Shah Alam yang baharu akan dibina. Dan satu video khas dimuatnaik di laman facebook rasmi MBI.

Berdasarkan pelan asal yang ditunjukkan, mudah sahaja kita simpulkan bahawa Stadium Shah Alam akan menjadi kompleks sukan paling canggih di negara ini apabila ianya siap.

Stadium tersebut akan memiliki fungsi yang canggih. Antaranya adalah bumbung yang boleh ditutup dan dibuka berdasarkan kesesuaian acara termasuk konsert.

Selain itu, stadium Shah Alam turut menggunakan sistem teknologi kawalan kelembapan udara di dalam stadium termasuk di tempat duduk penyokong.

Projek tersebut disebut sebagai projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang diinspirasikan oleh kejayaan bola sepak Selangor di tapak Stadium Shah Alam.

Stadium Shah Alam juga akan menggunakan teknologi padang yang boleh dilaraskan atau digerakkan bagi kesesuain acaran.

Bola sepak adalah sukan no.1 di Selangor, jadi, sudah tentu sukan itu banyak memberikan inspirasi kepada projek ini.

Antara kemudahan yang akan memudahkan pengunjung atau penyokong adalah akses pejalan kaki yang kondusif dengan ada laluan berbumbung turut disediakan.

Stadium ini juga mudah diakses dengan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT.

MBI turut bertekad untuk membina stadium yang bertaraf dunia dengan kapasiti maksimum 45,000 penyokong dalam satu masa.

Tidak lupa, turut disediakan ruang mesra OKU dan ruang koporat.

Di perkarangan luar stadium juga terdapat pelbagai fasiliti lain untuk beriadah dan sebagainya.

Saksikan video khas itu di sini:

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang