RASMI: McGregor Umum Persaraan

Nampaknya hasrat untuk para peminat menyaksikan pertarungan seterusnya melibatkan Conor McGregor terutama sekali berhadapan musuh utamanya Khabib Nurmagomedov tidak kesampaian.

Ini selepas petarung UFC dari Ireland tersebut mengumumkan persaraannya daripada dunia sukan tempur.

Dalam satu kenyataan ringkasnya menerusi Twitter, Conor McGregor berkata:

“Hei gais, Saya telah memutuskan untuk bersara daripada pertarungan.”

“Terima kasih atas semua memori luar biasa. Ianya satu perjalanan yang hebat.”

“Ini adalah gambar saya dengan ibu saya ketika di Las Vegas selepas salah satu kejuaraan dunia saya.”

“Bawalah impian kamu ke rumahmu Mag. Saya sayangkan kamu, tak kira apa sahaja yang kamu mahukan, ianya milik kamu.”

Ini bukan pertama kali conor McGregor membuat pengumuman persaraan ‘muda’ dan beliau kembali semula ke octagon.

Apapun selamat bersara buat Conor McGregor.

Sebelum ini Dana White telah menyatakan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk laluan yang terbaik kepada McGregor iaitu menentang pemenang di antara Khabib Nurmagomedov dan Gaetjhe.

McGregor dikatakan agak kecewa kerana terus menunggu jadual pertarungannya. Ini selepas Justin Gaetjhe telah dipilih menggantikan Khabib Nurmagomedov dalam acara UFC249 berhadapan dengan Tony Ferguson.

McGregor sejak comeback daripada rehat panjang, telah bertarung sekali, dengan kemenangan pantas terhadap Donald “Cowboy” Cerrone di UFC 246 pada bulan Januari.

Harus diakui Conor McGregor telah menjadi antara nama memberikan publisiti yang tinggi kepada UFC ketika peak beliau.

Beliau juga terlibat dalam beberapa kontroversi termasuk ketika permusuhannya dengan Khabib Nurmagomedov.

McGregor pernah bertarung dengan Floyd Mayweather dalam disiplin tinju dan beliau seperti dijangka tewas kepada petunjuk tersebut.

Baca yang lain