RASMI: Messi Tinggalkan Barca, Tak Dapat Daftar Kerana Hutang Menggunung

Pasukan yang dibelenggu masalah hutang, Barcelona, telah mengumumkan bahawa Lionel Messi akan meninggalkan kelab itu. Ini  setelah masalah kewangan menghalang mereka untuk mencapai kontrak baru dengan penyerang legenda mereka itu.

Messi dan Barca sebelum ini hanya mencapai persetujuan verbal ataupun persetujuan air liur, sedangkan secara rasmi, Messi tidak boleh didaftarkan kerana masalah akaun kewangan Barca.

Messi ketika itu setuju dengan pengurangan 50% gaji dan kontrak 5 tahun. Senang cerita, Walaupun Messi setuju gaji seringgit seminggu sekalipun, Barca tetap tak dapat daftarkan Messi kerana akaun mereka jauh daripada takuk yang ditetapkan La Liga.

Messi, 34, telah menjadi ejen bebas sejak tempoh sebelumnya berakhir pada 30 Jun.

Barca tidak dapat mendaftarkan kontrak baru Messi dengan LaLiga sambil mematuhi peraturan kawalan ekeonomi kewangan liga yang disebut Financial Fair Play di EPL dan peringkat Eropah. Presiden Joan Laporta dijangka akan menerangkan lebih lanjut situasi tersebut dalam sidang akhbar pada hari Jumaat.

Barcelona mengatakan dalam satu kenyataan: “Walaupun telah mencapai kesepakatan dengan Messi dan dengan kedua-dua pihak jelas ingin menandatangani kontrak baru, ia tidak dapat diselesaikan kerana masalah kewangan dan struktur [peraturan yang berkaitan dengan liga Sepanyol].”

“Memandangkan situasi ini, Messi tidak akan meneruskan hubungannya dengan Barcelona. Kedua-dua pihak meratapi hasrat pemain dan kelab tidak dapat dipenuhi.

“Barca ingin mengucapkan terima kasih sepenuh hati kepada pemain atas sumbangannya dalam pertumbuhan institusi dan mengucapkan yang terbaik dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya.”

Fabrizio Ramano menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam rundingan Messi dan Barca.

– Messi berada di Barca semalam bersama ayahnya untuk menandatangani kontrak sehingga Jun 2026

– Tiada masalah melibatkan pasukan, strategi dalam bursa perpindahan ataupun rundingan Cristian Romero, perjanjian verbal sudah dicapai dengan Messi sejak beberapa minggu lalu.

– Barcelona sudah menjadualkan pengumuman rasmi pada Khamis untuk meraikan Messi melanjutkan kontrak sehingga 2026

– Selepas menghubungi La Liga pada hari yang sama, Barcelona memberitahu Messi bahawa La Liga menghalang mereka memeterai kontrak kerana peraturan kawalan kewangan La Liga

– Barcelona turut berdepan masalah mendaftarkan beberapa pemain lagi kerana peraturan La Liga itu

– Messi terkejut dengan berita bahawa dia terpaksa meninggalkan Barca namun menghargai kejujuran Laporta

– PSG sudah mulai menghubungi Messi. Sebelum ini tawaran mereka ditolak Messi kerana pemain itu hanya mahu kekal bersama Barca.

Sebelum ini Julien Laurens dari ESPN melaporkan bahawa kelab itu yakin bahawa merka akan dapat mencapai kesepakatan dengan Messi sekiranya dia benar-benar meninggalkan Barcelona.

Messi ke PSG?

Namun masih tidak pasti bahawa Messi akan meninggalkan Barcelona walaupun situasi Messi masih menjadi ejen bebas bermula Julai. Tetapi baru baru ini Messi dikatakan sudah bercakap dengan presiden PSG, Nasser Al Khelaifi dan Pengarah Sukan, Leonardo.

Wakil PSG telah bekerja selama berminggu-minggu untuk memikirkan langkah agar Messi dapat digandingkan dengan Neymar dan Kylian Mbappe.

Tetapi PSG pada masa yang sama sebelum ini tidak melihat Messi akan meninggalkan Barca kerana kesetiannya kepada kelab itu. Cuma situasi sekarang, Barca baru mengumumkan bahawa Messi akan meninggalkan kelab dan tidak akan menandatangani kontrak baru.

Selain PSG, Manchester City juga antara kelab dikaitkan dnegan Messi. Pasukan yang sebelum ini membuatkan Messi pernah meminta untuk dilepaskan Barcelona. Namun Barca berkeras enggan melepaskan Messi malah meminta EUR700 juta untuk penjualan Messi.

Messi meminta dilepaskan secara percuma berdasarkan klausa khas membolehkan dia pergi percuma selepas musim tamat, ketika usianya sudah 32 tahun dan ke atas.

Barcelona’s Argentinian forward Lionel Messi (R) receives the player of the month trophy from Barcelona’s former Spanish midfielder Xavi before the Spanish league football match between FC Barcelona and Real Sociedad at the Camp Nou stadium in Barcelona on May 20, 2018. (Photo by Josep LAGO / AFP) (Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP via Getty Images)

Barcelona menegaskan klausa itu hanya terpakai pada Julai setiap tahun, walaupun liga tidak ditamatkan pada akhir Jun sekalipun kerana pandemik.

City baru sahaja menandatangani Jack Grealish dengan nilai £100 juta dan sedia mendapatkan Harry Kane. Adakah Messi juga dalam senarai mereka secara mengejut kali ini? Kerana hubungan baik Messi dengan Guardiola.

Pundit, Saka Hislop melabel, pemergian Messi dengan cara ini menunjukkan betapa teruknya pengurusan Barcelona terutama sekali di bawah Bartomeu.

Hutang Barcelona mencecah lebih EUR1 billion dan berpotensi mencecah EUR1.5 billion. Oleh itu, untuk mendaftarkan kontrak baru Messi dengan liga, kelab Catalan itu perlu mengurangkan bil gaji mereka atau membawa sejumlah wang menerusi penjualan pemain.

Namun, kelab tersebut gagal mendapatkan wang selepas gagal menjual penerima gaji  besar seperti Miralem Pjanic, Philippe Coutinho, Griezmann, Dembele dan Samuel Umtiti dan setakat ini gagal mencapai persetujuan dengan beberapa pemain kelab yang sudah lama berkhidmat mengenai pemotongan gaji.

Perbincangan sedang berlangsung dengan Gerard Pique, Sergio Busquets, Jordi Alba dan Sergi Roberto mengenai pelarasan gaji.

Messi cuba meninggalkan Barca musim panas lalu setelah jatuh bersama presiden Josep Maria Bartomeu, tetapi akhirnya tetap menentang kehendaknya. Dia percaya satu klausa dalam kontraknya membolehkannya pergi secara percuma, tetapi Barca mengatakan itu tidak berlaku. Barca mengancam mengheret Messi ke mahkamah dan akhirnya pemain itu akur.

Pemilihan Laporta sebagai pengganti Bartomeu pada bulan Mac nampaknya mengubah keadaan sepenuhnya. Messi dan keluarganya sangat rapat dengan Laporta, yang menjadi presiden ketika Messi masuk ke pasukan pertama kelab.

Cinta Messi kepada Barca

Selain itu Messi turut menyatakan bahawa faktor keluarga adalah paling utama membuatkannya terus kekal dan membuat pusingan U dalam keputusannya. Menerusi satu wawancara eksklusif dengan Goal, Messi mengakui keluarganya sangat terkejut ketia dia menyatakan bahawa dia akan meninggalkan Barcelona.

“Ketika saya menyampaikan keinginan untuk pergi kepada isteri dan anak-anak saya, itu adalah drama yang kejam.”

“Seluruh keluarga saya mulai menangis, anak-anak saya tidak ingin meninggalkan Barcelona, mereka juga tidak ingin pindah sekolah,” kata Messi.

“Anak saya, keluarga saya, mereka membesar di sini dan berasal dari sini. Tidak ada yang salah dengan keinginan untuk pergi. Saya memerlukannya, kelab perlukannya dan itu adalah yang terbaik untuk semua orang.”

“Isteri saya, dengan semua rasa sakit di jiwanya , menyokong dan menemani saya,” tambah beliau lagi.

“Mateo masih kecil dan dia tidak tahu lagi apa ertinya pergi ke tempat lain. Thiago, dia lebih tua. Dia mendengar sesuatu di TV dan dan bertanya.”

“Dia menangis dekat saya dan berkata ‘jangan pergi’. Saya ulang! bahawa itu adalah sangat sukar.”

“Itu terjadi pada saya. Sangat sukar untuk membuat keputusan,” katanya.

“Tapi saya melihat lebih jauh dan saya ingin bersaing di level tertinggi, memenangi gelaran, bersaing di Liga Juara Juara Eropah.”

“Kamu mampu menang atau kalah di dalamnya [persaingan], kerana itu persaingan yang sangat sukar, tetapi anda harus terus bersaing,” jelasnya.

“Sekurang kurangnya bersaing sengit untuk itu dan bukannya berantakan seperti di Roma, Liverpool, Lisbon. Semua itu membuatkan saya berfikir tentang keputusan yang ingin saya lakukan,” kata Lionel Messi.

Pemain antarabangsa Argentina itu akhirnya berjanji untuk kekal sepanjang kempen 2020-21 kerana cintanya kepada Barca dan peminat mereka.

Messi lupakan tawaran €700 juta

Keputusan Messi itu bermakna dia telah melupakan tawaran yang dilaporkan sudah dipersetujuinya secara lisan dengan City.

City sanggup membayar pakej kontrak keseluruhan bernilai €700 juta. Angka yang sama dengan klausa pelepasan di Barcelona. Seperti yang dilaporkan oleh Duncan Castles dari Daily Record, pemilik City dan Messi telah bersetuju dengan syarat untuk perjanjian lima tahun bernilai €700 juta (£623 juta).

Tawaran itu akan menyaksikan Messi bermain tiga tahun di Liga Perdana Inggeris dengan Man City dan dua tahun lagi dengan New York City FC – yang juga dimiliki oleh City Football Group (CFG).

Sumber yang sama juga melaporkan bahawa Messi akan ditawarkan saham ekuiti dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej pampasannya.

Ini adalah tawaran kontrak yang akan mengukuhkan status pemenang Ballon d’Or enam kali sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia dan menerima gaji sangat lumayang sepanjang baki kariernya.

Messi terdesak untuk bekerja di bawah Guardiola lagi, kerana Guardiola pernah mengeluarkan bola sepak yang terbaik darinya, dan dia ingin mengulanginya. Presiden Josep Maria Bartomeu “tidak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Messi”.

Barcelona dan Messi berpisah

Laporta selalu mengatakan bahawa dia “yakin” untuk mencapai persetujuan untuk Messi tinggal di kelab dan kuncinya adalah membina projek sukan yang akan menjamin dia berjaya di lapangan.

Laporta sentiasa memberikan jaminan bahawa Messi akan didaftarkan sebelum liga bermula.

Walaubagaimanapun, sumber ESPN melaporkan bahawa Messi tidak yakin dengan kerja yang dilakukan di pasaran perpindahan musim panas ini, dengan yang lain menambah bahawa terdapat juga perselisihan mengenai pecahan pembayaran komisen dalam kontrak baru.

Pemergian Messi adalah detik bersejarah bagi kelab. Dia pertama kali bergabung dengan akademi Barca pada tahun 2000 dan terus bermain 778 permainan untuk kelab itu, memecahkan rekod penampilan Xavi Hernandez musim lalu.

Dia telah menjaringkan 672 gol, satu lagi rekod kelab, dan telah membantu Barca menang, antara lain piala, 10 gelaran LaLiga dan Liga Juara-Juara dalam empat kali.

Dalam prosesnya, Messi telah memenangi Ballon d’Or dalam enam kali dan merupakan antara yang dianggap paling hebat untuk bermain permainan.

Laporta sebelum ini meminta kelonggaran daripada La Liga untuk mendaftarkan Lionel Messi kerana menganggap pemain itu juga penting untuk La Liga. Kini La Liga kehilangan Messi selepas Cristiano Ronaldo dan Neymar. Ia akan memberikan sedikit impak kepada publisiti liga itu.

 

Baca yang lain