RASMI: MWC Barcelona Dibatalkan Kerana Koronavirus, Penganjur Kerugian Lebih RM2 Billion

Mobile World Congress 2020 (MWC) sudah rasmi diumumkan batal.

MWC merupakan kongres tahunan telefon pintar dan teknologi yang terbesar di dunia. Pembatalan terpaksa dibuat kerana koronavirus.

Pengumuman itu sudah dibuat dan semua rakan media sudah dihantar email oleh CEO GSMA yang merupakan peganjur acara tersebut iaitu John Hoffman.

Sebelum ini, MWC 2020 memang sudah dijangka akan menjadi ghost town. Ianya selepas beberapa jenama besar menarik diri. Antaranya Facebook, Sprint, Cisco, AT&T, BT, Nokia, Vodafone dan Deutsche Telekom – kesemuanya sudah mengesahkan penarikan diri mereka.

Terbaru beberapa lagi syarikat termasuk Amazon, Ericsson, LG, Nvidia, Sony, TCL, dan ZTE juga mengikut langkah yang sama.

Koronavirus yang kini rasmi digelar COVID-19 telah mengorbankan lebih 1,100 orang dengan lebih 45,000 sudah terjangkit.

Ia telah menular dan memasuki 25 buah negara di dunia – yang melaporkan ada kes koronavirus.

Virus ini berpusat dan tersebar dari Wuhan, di Hubei China.

Pada sebelah Rabu, MWC masih memberikan jaminan bahawa acara iatu akan diteruskan. Malah MWC sudah memberikan beberapa garis panduan kepada hadirin. Di mana mereka dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan termasuk dilarang berjabat tangan.

Namun, sehari selepas itu, mereka menghantar email kepada semua pihak yang berkaitan.

MWC menyatakan, adalah mustahil untuk meneruskan kongres pada kali ini.

MWC sepatutnya berlangsung di antara 24-27 Februari di Barcelona. Ramai juga hadirin yang menyatakan mereka tak akan datang untuk acara kali ini, kerana acara ini banyak disertai oleh syarikat dari China.

Pembatalan acara ini membuatkan MWC kerugian $492 juta ataupun sekitar RM2.04 billion. MWC dianggap salah satu acara penting untuk Barcelona dalam membantu ekonomi mereka.

Ia telah membantu mencipta lebih 14,000 peluang pekerjaan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.