RASMI: Onana Penjaga Baharu Red Devils Dengan Kontrak 5 Tahun!

Andre Onana diumumkan sebagai penjaga gol baharu Manchester United. Onana menyertai Man United dari Inter Milan.

Penjaga gol itu dilaporkan mulai menjadi sasaran utama Ten Hag selepas beberapa siri kesilapan De Gea pada musim lalu walaupun penjaga gol legenda itu menamatkan musim 2022/23 sebagai pemenang Anugerah Penjaga gol Terbaik EPL.

De Gea tidak disambung kontrak dengan Man United. Walaupun ada rundingan selepas itu dibuat, di mana kelab mempertimbangkan menandatangani semula De Gea sebagai ejen bebas jika mereka gagal mendapatkan penjaga gol berkualiti yang baharu.

Nama Onana sentiasa menjadi sasaran utama Ten Hag kerana penjaga gol itu memahami sistem permainan dimahukan pengurus asal Belanda itu.

Man United sebelum ini melakukan bidaan ke atas Onana, namun ditolak. Tetapi Inter sentiasa terbuka berunding dengan Man United. Ditambah dengan Onana sendiri yang berminat menyertai Manchester United.

Halangan utama adalah pada harga. Di mana Inter meminta €60 juta yang disifatkan terlalu mahal oleh Manchester United.

Akhirnya kesepakatan dicapai jua, kini Onana akan memakai jersi no.24 bersama Manchester United.

Laman rasmi kelab mengalu alukan kedatangan bekas penjaga gol Cameroon itu ke kelab mereka.

Onana akan terus menyertai latihan pra musim kelab. Dia akan menyelesaikan urusan visa dengan serta merta.

Kini Manchester United memiliki ball playing keeper yang dimahukan Ten Hag.

Ketika di Inter Onana bangkit semula untuk menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di Eropah. Musim lalu dia cemerlang membantu Inter mara sehingga ke final Liga Juara Juara Eropah. Sayangnya kalah di tangan Man City.

Kini Onana setuju dengan kontrak selama lima tahun di Old Trafford sehingga 2028.

Dia mengakui teruja untuk mempertahankan gawang Man United terutama sekali di Old Trafford yang ikonik.

Selamat datang ke Man United dan selamat datang ke EPL kepada Andre Onana.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah