RASMI: Pedri Jadi Pemain Dengan Klausa Pelepasan Paling Tinggi Di Dunia Bersama Benzema

Bintang masa depan Barcelona dan Sepanyol, Pedri setuju dengan kontrak baharu jangka panjang bersama Barcelona. Dan beliau kini menjadi pemain dengan klausa pelepasan tertinggi dunia.

Pedri cemerlang bersama dengan Sepanyol dalam Euro yang lalu dan mennadi pemain penting untuk Barca musim ini.

Beliau kini memiliki klausa pelepasan €1bn. Pemain berusia 18 tahun itu setuju untuk kekal sehingga 2026.

Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang mengejutkan melihat klausa pelepasan tidak masuk akal melibatkan Barcelona dan Real Madrid di Sepanyol.

Sebelum ini Benzema menjadi pemain pertama dengan klausa pelepasan €1bn.

Seterusnya, dalam senarai 5 teratas klausa pelepasan paling tinggi, ianya dikuasai oleh pemain pemain Real Madrid dan Barcelona.

Pedrid dan Benzema paling tinggi dengan €1bn. Seterusnya, David Alaba yang baru menyertai Real Madrid secara percuma, memiliki klausa pelepasan €850 juta.

Di tempat ketiga adalah Griezmann, yang masih milik Barcelona ketika ini, dengan €800 juta.

Fede Valverde, Luka Modric dan Brahim Diaz masing masing dengan €750 juta.

Sementara di tangga kelima adalah dikongsi oleh 3 pemain Real Madrid iaitu, Isco, Asensio dan Vinicius Jr dengan €700 juta.

Berita ini pastinya menggembirakan peminat peminat Barca. Ini kerana Pedri dengan cepat menjadi figura kesayangan di Nou Camp.

Pedri malah dikatakan jelmaan Iniesta oleh peminat peminat Barca. Beliau memiliki kecerdasan dan kecergasan yang luar biasa di atas padang.

Pedri menyertai Barcelona daripada akademi Las Palmas pada Ogos 2020. Dan terus menstabilkan dirinya sebagai pemain utama kelab. Bermain 53 perlawanan musim lalu, menjadikan beliau sebagai pemai paling banyak perlawanan dalam semusim.

Baca yang lain