RASMI: PMO Sahkan Tun Mahathir Letak Jawatan

Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengesahkan Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri pada hari ini.

Dalam satu kenyataan media oleh PMO, ianya bertulis: “Surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari.”

Ketika ini, para pemimpin kanan parti BERSATU sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengesahkan bahawa kesemua ahli Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan media bahawa parti itu keluar daripada Pakatan Harapan juga sebentar tadi.

Berikut adalah petikan sidang media daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.”

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.”

“Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.”

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.”

Mantan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak bertanya, adalah ini dengan rasminya PH sudah terkubur?

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun