RASMI: PS5 Dijual Disember 2020

Bukan rahsia lagi, desas – desus sebelum ini yang menyatakan bahawa Sony PlayStation 5 akan menemui peminat hujung tahun 2020, kini sudah sah dan nyata.

Sony sudah membuat pegumuman tentang perkara itu dalam satu majlis pelancaran ringkas.

Tetapi yang agak mengecewakan hadirin dah beriya nak ambil gambar rekaan terbaru PS5, sekali tengok logo yang ala PS4 keluar.

Sony masih tidak menunjukkan lagi rekaan fizikal PS5 ataupun controllernya.

Dalam majlis tersebut, Sony hanya melancarkan logo rasmi PS5, rasanya korang pun tak terkejut sangat kan. Malah ada yang menganggap tiada yang istimewa sangat pun.

Malah sudah ramai yang troll Sony sebab logo ini:

Ok berbalik kepada PS5 tadi, Sony ada membentangkan speksifikasi asas kepada PS5, termasuk cekera keras SSD yang lebih pantas ketika ‘loading’ berbanding PS4.

Seterusnya PS5 jua menyokong audio 3D yang memberikan pengalaman permainan yang lebih baik dengan bunyian yang memukau.

Pegumuman ini memang sudah ditunggu dan ramai yang suka dengan tarikh dipilih.

Sebab ada yang menahan dahulu kehendak mereka untuk membeli Xbox Series X yang dilancarkan pada Disember 2019.

So, ramai la yang nak tau spesifikasi PS5 ni nak buat perbandingan dan menentukan konsol mana mereka akan beli.

Sebelum ni Sony memilih Februari untuk mengumumkan PS4.

Paling menarik, PS5 dan Xbox Series X kedua-duanya akan mulai dijual pada Disember 2020, ataupun musim cuti Natal.

Sony mengesahkan PS5 akan menyokong paparan grafik 8K. Wow.

Ianya juga dilengkapi dengan ray tracing, SSD yang sangat pantas dan memperbaiki banyak isu PS4 sebelum ini.

Controllernya adalah berasaskan heptic feedback dan juga adaptive trigger button.

Namun tiada maklumat yang lengkap sangat diberikan. The Verge meramalkan PS5 akan dikuasakan oleh CPU eight Core – berteraskan AMD Zen 2 dan juga AMD Radeon Navi Hardware.

Sony dijangka akan memberikan lebih banyak butiran tentang PS5 pada Jun ini di Ekspo E3 bertempat di Los Angeles.

Pra tempah untuk Sony PS5 ini dah semakin hampir. So boleh la korang mulai melakukan apa yang patut.

Sebelum ini ada yang membocorkan rekaan devkit PS5 ni berbentuk V. Adakah itu adalah bentuk rasminya nanti. Sama – sama kita tunggu.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi