Rasmi: Ralf Rangnick Jadi Pengurus Austria Namun Kekal Jawatan Penasihat Man United

Bos sementara / interim Manchester United, Ralf Rangnick telah dilantik sebagai pengurus baharu pasukan kebangsaan Austria. Perkara itu sudah diumumkan oleh kelab Manchester United.

Sekaligus menamatkan spekulasi tentang berita yang mangaitkan Ralf Rangnick dengan jawatan tersebut.

Pengurus yang berasal Jerman yang berusia 63 tahun itu akan menyertai Austria pada akhir Mei ini untuk menempuhi kempen Liga Negara-Negara UEFA.

Di mana Austria diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Croatia, Denmark dan Perancis.Rangnick akan memulakan tugasannya selepas tamat kempen Liga Perdana 2021/22.

Rangnick telah menandatangani kontrak dua tahun dengan Austria, yang secara automatik akan dilanjutkan dua tahun lagi sekiranya mereka layak ke Kejohanan Eropah 2024 di negara asalnya, Jerman.

Dia akan menggabungkan tugas pengurusan pasukan kebangsaan itu dengan peranan perunding ataupun penasihat pembangunan di Old Trafford seperti yang dirancang sebelum ini, selepas Erik ten Hag diumumkan sebagai pengurus baharu United minggu lalu.

Rangnick berkata:

“Saya akan mengambil alih sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria pada penghujung musim tetapi akan meneruskan jawatan perundingan saya dengan Manchester United.”

“Saya benar-benar tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu United kembali ke kekuatan sebenar.”

“Adalah satu penghormatan bagi saya untuk mengambil peranan sebagai pengurus [Austria],” tambahnya lagi.

“Prospek untuk bertanding Kejohanan Eropah di Jerman dengan pasukan muda yang dahagakan kejayaan menepati kehendak saya dengan jangkaan yang besar.”

Gerhard Milletich, Presiden Persatuan Bola Sepak Austria [ÖFB], berkata: “Kami sangat gembira kerana dalam Ralf Rangnick kami telah dapat merekrut pakar cemerlang dalam bola sepak antarabangsa sebagai pengurus pasukan.”

“Kami semua yakin bahawa dia adalah pengurus yang ideal dan visinya akan memajukan pasukan kebangsaan dan FB.”

Ini akan menjadi peranan pertama Rangnick dalam pengurusan antarabangsa, walaupun dia adalah pengarah bola sepak di juara Austria Red Bull Salzburg antara 2012 dan 2015.

Ralf melaksanakan peranan yang serupa di RB Leipzig dan merupakan pengurus sukan dan pembangunan Lokomotiv Moscow sebelum menyertai United sebagai pengurus sementara pada Disember 2021.

CV pengurusannya termasuk dua musim dengan satu musim masing – masing di Leipzig dan Schalke, serta pengalaman Bundesliga dengan Hoffenheim, Hannover dan Stuttgart.

Rangnick dikenali sebagai pengurus yang gemarkan bola sepak moden. Fokus beliau kini adalah untuk membantu Manchester United layak ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Namun peluang Manchester United kelihatan sangat sukar kerana mereka mencatatkan keputusan seri dengan Chelsea di Old Trafford semalam.

Manchester United kini lima mata di belakang Arsenal namun skuad bimbingan Mikel Arteta itu masih ada perlawanan kurang berbanding Manchester United.

Musim hadapan Manchester United akan dibimbing oleh Erik Ten Hag. Di mana Ralf Rangnick akan memainkan peranan penting dalam membantu pengurus tersebut dalam usaha mereka mengembalikan semula kegemilangan mereka-

Manchester Unitedm menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi sekali lagi untuk musim kelima berturut turut.