RASMI: Roma Umum Matic Dengan Video Pesanan Khidmat Masyarakat

Di mana ada Mourinho di situ ada Nemanja Matic.

Terbaru kedua dua pasangan itu bersatu sekali lagi di AS Roma pula kali ini. Sebelum ini Mourinho dan Matic bergandingan di Chelsea dan Manchester United.

Pemain tengah Serbia itu berpindah secara percuma selepas kontraknya dengan Man United tamat akhir musim lalu.

Dilaporkan Matic menandatangani perjanjian setahun bernilai €6 juta di AS Roma, dengan pilihan untuk setahun lagi.

Roma mengumumkan Matic dengan prosedur video yang biasa, di mana ada hebahan pesanan khidmat kemasyarakatan dibuat.

Selepas lima tahun di Old Trafford, Matic mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu pada April lalu.

“Selepas berfikir panjang, saya telah memutuskan bahawa musim ini akan menjadi musim terakhir saya bersama Manchester United. Saya telah memaklumkan kepada lembaga pengarah, pengurus dan pemain mengenai keputusan saya,” kata pemain Serbia itu.

“Ia merupakan satu penghormatan besar dan satu keistimewaan untuk bermain untuk kelab hebat ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.”

Jose Mourinho membawa pemenang Liga Perdana Inggeris itu ke kelab Manchester Julai 2017, dalam perpindahan yang agak mengejutkan dari Chelsea.

Dengan Matic membuktikan dirinya sebagai pemain utama di bawah jurulatih Portugal itu.

Idea asal Mourinho adalah mahu menggandingkan Matic dengan Paul Pogba yang ketika itu dibeli dengan rekod perpindahan dunia EUR100 juta. Matic dianggap gandingan ideal untuk melepaskan yang terbaik daripada diri Pogba.

Namun pada era Ole Gunnar Solskjaer, dia mulai kehilangan tempat kepada gandingan McFred (Scott McTominay dan Fred).

Matic sudah lama dikaitkan dengan AS Roma. Ini selepas Mourinho menyertai pasukan tersebut. Dia menjadi sasaran utama Mourinho.

Akhirnya mereka bergandingan semula.

Mourinho sedia mencabar kejuaraan liga pada musim baharu selepas membawa Roma memenangi Piala Konfederasi pada musim pertamanya.

Baca yang lain