RASMI: Romel Morales Sertai JDT

Romel Morales secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT.

Pengenalan rasmi pemain itu dibuat sebentar tadi dalam satu video ringkas.

Romel Morales yang merupakan pemegang status kerakyatan Malaysia menerusi program naturalisasi, sebelum ini menjadi wira Harimau Malaya mengikat Korea Selatan pada Piala Asia 2023 yang lalu.

Di mana ketika itu Malaysia mengejutkan Korea Selatan dengan mengikat mereka 3-3. Pada satu ketika Malaysia sempat mendahului 2-1.

Morales sudah lama dikaitkan dengan JDT ketika pemain itu dilihat tidak pasti dengan masa depannya bersama KL City.

NamuΒ  akhirnya dia mengucapkan selamat tinggal kepada KL City. Kelab yang dianggapnya telah memberikan dia banyak memori manis.

Morales akui emosional ketika meninggalkan KL City setelah 3 tahun bersama dengan kelab itu.

Kehadiran Morales akan menguatkan jentera serangan pasukan JDT pada musim akan datang.

Ditambah dengan statusnya sebagai pemain kebangsaan, maka dia dianggap tambahan yang memberikan manfaat kepada kelab dalam banyak aspek.

Terutama sekali JDT dalam misi mempertahankan treble mereka pada musim hadapan.