RASMI: Ronaldo Sertai Al Nassr Dengan Kontrak Paling Besar Dalam Sejarah Bola Sepak

Cristiano Ronaldo secara rasminya telah menyertai kelab Arab Saudi Al-Nassr selepas meninggalkan Manchester United dengan cara yang penuh kontroversi.

Al Nassr telag mengumumkan penandatanganan bersejarah itu pada hari Jumaat di Arab Saudi.

Ronaldo menandatangani kontrak sepanjang musim panas 2025.

Al Nassr sebelum ini menjadi satu satunya pasukan yang benar benar serius menawarkan kontrak untuk Ronaldo.

Pemain itu awalnya menagguhkan dahulu rundingan dengan Al Nassr kerana fokus kepada Piala Dunia dan dikatakan masih mengutamakan kelab yang bermain di UCL.

Ronaldo dilaporkan akan menerima €200 juta setahun dalam perjanjian baharunya, Pakej itu termasuk tajaan khas.

Ini akan sekaligus menjadikan Ronaldo penerima gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak.

Selepas Jorge Mendes gagal dalam usahanya mendapatkan kelab besar bermain di UCL untuk Ronaldo, maka Ronaldo akhirnya menerima tawaran Al-Nassr.

Al-Nassr sebelum ini menerusi presidennya, berterus terang menyatakan bahawa tawaran sudah mereka kemukakan dan menantikan jawapan daripada Ronaldo. Dan mereka bersabar menantikannya.

“Saya teruja untuk mengalami liga bola sepak baharu di negara berbeza,” kata Ronaldo dalam kenyataan Al-Nassr yang mengumumkan perjanjian itu.

“Visi tentang apa yang dilakukan dan dibangunkan oleh Al Nassr di Arab Saudi sama ada dari segi bola sepak lelaki dan wanita sangat memberi inspirasi.”

“Kita dapat lihat daripada prestasi Arab Saudi di Piala Dunia baru-baru ini bahawa ini adalah sebuah negara yang mempunyai cita-cita bola sepak yang besar dan banyak lagi potensi.”

“Saya bertuah kerana saya telah memenangi segala-galanya yang saya impikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia.”

“Saya sudah tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baru dan bersama-sama mereka untuk membantu kelab untuk mencapai kejayaan.”

Ronaldo mendesak untuk keluar dari Old Trafford bulan lalu, dan menamatkan kontraknya atas persetujuan bersama, berikutan temu bual TV yang menimbulkan kontroversi.

Sebelum ini Ronaldo berlatih bersendirian di padang latihan Real Madrid Valdegratis awal bulan ini kerana dia bersedia untuk membuat keputusan mengenai masa depannya selepas Portugal tersingkir dari Piala Dunia.

Al-Nassr, yang berpangkalan di Riyadh, bermain dalam Liga Pro Saudi dan merupakan pasukan kedua paling banyak memenangi liga di negara tersebut.

“Ini lebih daripada sejarah dalam pembikinan,” tambah presiden Al-Nassr Musalli Almuammar.

“Ini adalah penandandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan wanita untuk menjadi versi terbaik diri mereka.”

“Beliau adalah pemain bola sepak yang istimewa dan orang istimewa yang impaknya dirasai jauh melebihi bola sepak.”

“Cristiano menyertai kelab yang mempunyai cita-cita besar, sebuah kelab yang kompetitif serta antara yang terbaik di Asia dan akan dialu-alukan ke negara yang membuat kemajuan besar di luar padang dengan peluang untuk semua.”

“Tetapi pertama sekali, kami tidak sabar untuk melihatnya dalam jersi nombor 7 Al Nassr dan melakukan yang terbaik, menjaringkan gol, memenangi gelaran dan membawa kegembiraan kepada mereka yang menyukai permainan yang indah.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai