RASMI: Safawi Tewaskan Mame Dan Oscar Dengan Lencongan Roket

Safawi Rasid berjaya memenangi anugerah gol lencongan terbaik Liga Juara Juara AFC bagi kempen pada 2019 selepas satu pilihanraya memilih gol lencongan dibuat laman rasmi AFC.

Beliau berjaya meraih jumlah undian sebanyak 159,502. Jumlah yang sekaligus menyaksikan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Safawi Rasid dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik untuk ACL 2019.

Antara mangsa yang ditewaskan oleh Safawi Rasid ialah bekas pemain kebangsaan Brazil dan bekas playmaker Chelsea iaitu Oscar.

Oscar gagal menambat hati para pengundi dalam saingan kali ini. Ini kerana gol beliau tidak cukup power di mata juri awam yang menilai.

Pawi berjaya medapat 50% undian walaupun pada satu ketika dipintas oleh Mame Thiam. Thiam akhirnya akur apabila tewas dengan beza 2% sahaja ataupun dengan 48%.

Kejayaan ini pastinya membanggakan Safawi Rasid yang memang dikenali dengan teknik tersebut. Dengan teknik itu juga gol terbaik beliau diiktiraf oleh peminat bola sepak Asia.

Gol Pawi itu memang padu nak mampus. Sukar nak melihat gol secantik itu. Dan mungkin gol tercantik di dalam kariernya setakat ini.

Safawi mengawal bola di sebelah kanan dan masuk ke dalam untuk membolehkan beliau berada pada kedudukan kaki kiri dapat melakukan rembatan.

Saksikan:

Safawi memang dikenali dengan teknik yang signifikan dengan beliau itu. Melakukan cut inside dan curler ke arah far post. Beliau benar benar pakar melakukannya.

Ia pastinya memerlukan latihan yang berterusan untuk memperbaiki teknik itu dari semasa ke semasa.

Gol itu diraikan dengan penuh emosi oleh Safawi Rasid yang juga merupakan penyerang pasukan Harimau Malaya, yang kini sedang menabur bakti di Johor Darul Ta’zim.

Safawi merupakan pemain yang terus menunjukkan peningkatan beliau di atas padang. Walaupun bersaing dengan ramai nama besar di JDT namun beliau tetap berjaya memastikan dirinya adalah pemain utama pasukan.

Syabas kepada Safawi Rasid. Semoga terus menghasilkan gol gol berhantu seperti itu di masa yang akan datang. Sememangnya Safawi memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol yang cantik dengan kualiti teknik dan ketajaman beliau.

 

Baca yang lain