RASMI: Salah Sign Kontrak Baru, Dapat £350K Je Seminggu

Mohamed Salah rasminya menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool FC. Pemain yang mesra dengan julukan Raja Mesir itu sebelum ini berteka teki tentang masa depannya.

Mohamed Salah telah meletakkan sasarannya untuk menambah lebih banyak trofi ke dalam kabinet trofi di Anfield selepas memberikan komitmen masa depannya kepada Liverpool FC.

Dia menandatangani perjanjian jangka panjang bersama The Reds.

Penyerang itu setuju dengan syarat untuk melanjutkan tempoh kontraknya bersama The Reds. Di mana dia menyertai Liverpool pada 2017 dan telah menyaksikan dia mengumpul enam trofi utama dan menjaringkan 156 gol dalam hanya 254 penampilan, memenangi tiga Kasut Emas.

Salah memberitahu Liverpoolfc.com: “Jika saya melihat kembali masa itu, ketika saya datang [ke sini], kelab tidak memenangi banyak trofi tetapi saya fikir saya memberitahu anda, bahawa saya datang [ke sini] untuk memenangi trofi.”

“Saya rasa kami telah memenangi trofi yang baik bersama-sama [sejak]! Dan saya fikir kita boleh melakukannya sekali lagi.”

“Kita memenangi banyak perkara bersama-sama. Kami mempunyai beberapa kekecewaan, tetapi ini adalah bola sepak.”

“Saya telah menikmati bola sepak saya di sini di kelab dan berharap saya akan terus menikmatinya dan memenangi banyak trofi.”

Rekod luar biasa Salah di hadapan gawang telah memnbolehkannya berada  di tempat kesembilan dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liverpool dalam masa lima musim sahaja.

Dia hanya dua gol di belakang Michael Owen di tempat kelapan dan hanya 16 gol di belakang legenda Sir Kenny Dalglish.

Pemain Mesir itu menambah: “Seronok melihat diri anda sebagai penjaring gol terbanyak yang kesembilan untuk kelab, terutamanya apabila anda melakukannya dalam masa yang singkat.|

“Ia sesuatu yang hebat dan saya fikir, seperti yang saya katakan banyak kali sebelum ini, perkara yang paling penting ialah memenangi trofi.”

“Tetapi saya fikir apabila anda menjaringkan gol dan membantu pasukan memenangi perlawanan, itu juga yang membawa kepada trofi.

“Ia sesuatu yang saya banggakan.”

Klopp menjadi individu penting di sebalik kontrak baharu ini. Di mana Mo Salah dan Klopp bercakap secara terus. Klopp menyatakan bahawa Salah adalah wajah kepada projek kelab.

Salah akan menerima gaji tertinggi di kelab.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Mohamed Salah.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan