Kerajaan Selangor telah memutuskan untuk membatalkan kesemua Bazar Ramadan di negeri tersebut.
Ini adalah salah satu usaha bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor merupakan negeri yang berada di Lembah Klang dan memiliki kepadatan penduduk yang sangat tinggi.
Buat masa ini, social distancing adalah yang sangat penting dalam usaha mengekang rantaian penularan wabak covid-19.
Namun, jelasnya lagi, keputusan itu mungkin juga akan diubah bergantung kepada pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pembatalan bazar Ramadan itu dilakukan selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.
Dalam sidang medianya, Amirudin Shari berkata:
“Kerajaan negeri baru sebentar tadi bermesyuarat (berhubung perkara ini), dan Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan arahan nanti.”
“Kita akan tangguh atau batalkan bazar hingga masa sesuai, dan ini jika kementerian dan Jabatan Kesihatan Negeri kata sudah boleh dilakukan, baru kita buat.”
Bazar Ramadhan di Selangor dibatalkan – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari [ @AmirudinShari ].#AWANInews#DudukRumah dan pastikan kita #KekalTenang untuk #HapusCOVID19 pic.twitter.com/51NpCl5L1b
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) April 1, 2020
“Tetapi buat waktu ini kita tangguh apa apa pelaksanaan bazar. Dan perkara ini telah dibincangkan atas talian dengan Yang di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan, ada cadangan saya terima daripada mereka.”
Dalam majlis yang sama, Amirudin juga mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 berjumlah RM272 juta.
Amirudin turut menyatakan para peniaga boleh mencari inisiatif dengan penjualan di atas talian.
Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa pula menyatakan bahawa belum ada sebarang keputusan mengenai penganjuran bazar Ramadan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Beliau meminta beberapa hari lagi untuk membuat penilaian kepada perkara itu.