RASMI: Son Terus Kekal Di Spurs

Tottenham Hotspur mengesahkan bahawa mereka sudah mencapai kesepakatan untuk mengaktifkan lanjutan setahun lagi dalam kontraknya.

Kontrak semasa Son di Spurs akan berakhir pada akhir musim ini. Walaupun tiada kesepakatan kontrak baharu dicapai, namun kedua dua pihak setuju untuk mengaktifkan pilihan setahun yang ada pada kontrak kapten mereka itu.

Son yang menjadi legenda hidup Spurs masih lagi bintang utama kelab itu. Dan pemain itu sudah mulai dikaitkan dengan beberapa kelab besar lain.

Buat masa ini Spurs meredakan keadaan dengan jaminan bahawa pemain itu kekal sehingga 2026.

Spurs masih berharap Son Heung Min akan kekal lebih lama di kelab itu. Dan berharap dalam masa setahun ini mereka akan mendapat kesepakatan baharu yang menguntungkan kedua dua pihak.

Pemain berusia 32 tahun itu menyertai Spurs dari Bayer Leverkusen pada 2015 dan telah menjaringkan 169 gol dalam 431 penampilan untuk kelab itu.

Pemain antarabangsa Korea Selatan yang juga kapten kelab dan negaranya itu mempunyai 125 gol dan 68 bantuan dalam 320 perlawanan Liga Perdana.

Dia adalah sebahagian daripada pasukan Spurs yang mara ke final Liga Juara-Juara Eropah yang pertama kelab itu pada 2019 dan membantu mereka menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Tottenham berada di tempat ke-12 dalam kempen semasa, dengan Son menjaringkan lima gol dan mencatatkan enam bantuan dalam 17 penampilan di liga utama.

Pasukan London utara itu telah membuat pengumuman sebelum perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao di laman sendiri menentang Liverpool pada hari Rabu.

Son masih memburu trofi pertamanya bersama dengan Spurs. Kelab itu juga masih kemarau trofi sejak sekian lama.

Dalam pada itu, laporan dari UK menyebut bahawa masa depan Ange Postecoglou di kelab itu terjamin. Ini kerana Daniel Levy masih percaya bahawa Ange pengurus yang tepat untuk mengetuai projek kelab itu.