RASMI: Sony Memperkenalkan Rekaan Controller DualSense Untuk PS5

Sony baru sahaja melancarkan controller terbaru yang akan korang gunakan untuk bermain PS5 nanti.

Nama controller ini dipanggil DualSense Controller. Jadi bukan DualShock 5 la ye.

DualSense Controller juga hadir dengan beberapa ciri penambahbaikan yang tertumpu pada kawalan yang lebih immersive kata diorang la.

Antara ciri-ciri baru dalam controller DualSense ini adalah adaptive triggers dengan maklum balas haptic.

Seterusnya adalah rekaan mikrofon yang terbina di dalam controller yang membolehkan korang bercakap dengan rakan tanpa perlu menggunakan headset.

Ciri – ciri lain adalah butang ‘Create’ yang menggantikan butang Share yang ada pada PS4 sebelum ini.

Sony juga berkata di dalam Blog PlayStation bahawa; mereka memilih untuk menggantikan lampu bar di bahagian atas controller dengan LED yang mengelilingi touchpad bagi memberikan rekaan yang nampak lebih besar dan lebih feel bila dipegang.

Reka bentuk dengan dua warna adalah sesuatu yang baru untuk controller PlayStation. Di mana ia menggabungkan warna hitam dan putih.

Seperti PS4 DualShock, DualSense juga boleh dicas semula dengan bateri  yang terbina  di dalamnya.

Sony sebelum ini sudah menabur janji manis bahawa hayat bateri untuk DualSense ini adalah lebih lama berbanding dengan sebelum ini.

Bila ia boleh dimiliki?

Sony masih belum mengeluarkan sebarang janji ataupun komitmen untuk tarikh sebenar PS5, PS5 DualSense Controller menemui peminat mereka dan dibawa pulang ke rumah.

Presiden & CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan hanya menyatakan bahawa ianya pasti akan dikeluarkan pada musim cuti hujung tahun ini (November-Disember).

Jim Ryan dalam kenyataannya berkata: “DualSense menandakan satu pelepasan radikal daripada apa yang ditawarkan oleh controller sebelumnya dan menujukkan betapa kuatnya perasaan kami untuk membuat lonjakan generasi dengan PS5.”

“Controller baru tampil dengan banyak ciri inovatif dalam PS5, akan menjadi transformatif untuk permainan – meneruskan misi kami di PlayStation untuk terus menolak garis sempadan permainan, kini dan di masa depan.”

“Kepada komuniti PlayStation, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana berkongsi perjalanan yang indah ini bersama kami ketika kami menuju ke arah pelancaran PS5 di Holiday 2020.”

“Kami berharap dapat berkongsi lebih banyak maklumat tentang PS5, termasuk reka bentuk konsol, dalam beberapa bulan akan datang. ”

Amacam? Ok tak?

Sebab ramai cakap dah macam controller Xbox.

Seterusnya ada juga yang tertanya, ada tak versi yang all black untuk DualSense Controller ini. Sama sama la kita tunggu kemaskini daripada Sony di masa akan datang.