Seperti yang digembar gemburkan sebelum ini, Sri Pahang menukar kesemua 4 pemain importnya dengan pemain baharu. Dan hanya mengekalkan Goulon di dalam pasukan mereka.
Dalam pengumuman rasminya, Pahang tanpa berlengah dalam jendela perpindahan pertengahan musim. Pahang dalam usaha untuk memperbaiki prestasi mereka.
Dollah Salleh mengambil alih daripada Thomas Dooley hanya selepas 2 perlawanan.
Sri Pahang menerusi kenyataan media rasmi berkata: “4 pemain import baharu bakal beraksi bersama Sri Pahang FC.’
“Telah berlangsung Majlis Tandatangan kontrak pemain import skuad Sri Pahang FC bersama 4 pemain import baharu iaitu Hidalgo Gasparini Manuel Federico yang berasal dari Argentina memegang nombor jersi 88 dan akan bermain dengan posisi wing kanan.”
“Pemain seterusnya adalah Yakubu AbuBakar berasal dari Ghana yang memegang nombor 8 dan akan bermain dengan posisi tengah.”
“Seterusnya adalah Athlu Kenjok Wal yang berasal dari Australia memegang nombor 9 bermain dengan posisi penyerang.”
“Akhir sekali adalah Aung Kaung Mann yang berasal dari Myanmar berjersi nombor 14 dan juga bermain sebagai penyerang.”
“Dengan ini melengkapkan barisan 5 pemain import termasuk Mark Herold Goulon bagi memperkasakan lagi permainan Skuad Sri Pahang FC pada perlawanan yang akan datang.”
Majlis menandatangani kontrak telah pun berlangsung. Adakah 4 pemain baharu ini akan mampu membantu Pahang memperbaiki prestasi mereka?
Ternyata Sri Pahang musim ini telah mengambil pendekatan yang sangat drastik.