RASMI: Syihan Hazmi Sertai JDT Pakai Jersi 33

Teka teki tentang masa depan penjaga gol nombor satu pasukan kebangsaan Malaysia, Syihan Hazmi akhirnya terjawab.

Ini apabila juara bertahan Liga Super Malaysia, JDT umumkan penandatanganan Syihan Hazmi secara rasmi.

JDT memuat naik video ringkas mengalu-alukan kedatangan penjaga gol berusia 26 tahun itu.

Syihan Hazmi telah membangun menjadi penjaga gol elit di dalam negara kita dalam beberapa musim ini.

Dia menikmati karier awal bersama dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kemudian ke Harimau Muda C sebagai bakat masa depan bola sepak negara.

Syihan kemudian menyertai beberapa pasukan lain di peringkat profesional termasuk PJ City dan pasukan yang signifikan dengan kariernya setakat ini iaitu Negeri Sembilan.

Dia berjaya merampas kedudukan Farizal Marlias sebagai penjaga gol nombor satu Malaysia. Dan kini setia untuk menggantikan penjaga gol veteran itu di gawang JDT sebagai penjaga gol utama.

Syihan baru saja menamatkan kempen Piala AFF 2022 bersama dengan pasukan kebangsaan Malaysia. Di mana Malaysia kandas pada peringkat separuh akhir di tangan Thailand.

Syihan antara pemain yang menunjukkan aksi sangat konsisten di atas padang. Menjadikan dia pemain yang mulai menarik minat banyak kelab lain di Malaysia termasuk JDT.

Syihan diberikan nombor jersi 33 oleh JDT.

JDT dalam misi mempertahankan 3 piala domestik termasuk 1 trofi Sumbangsih pada musim 2023. JDT juga akan berada dalam persaingan Liga juara-juara Asia sekali lagi.

Pastinya Syihan mahu terlibat dalam pentas tertinggi dalam kariernya.

JDT sagat aktif dalam jendela perpindahan pra musim 2023. Membuatkan mereka kekal menjadi pasukan pilihan utama untuk bersaing dalam semua piala musim 2023.

Selamat maju jaya buat Syihan Hazmi.

Baca yang lain