RASMI: Tan Sri Muhyiddin Yassin PM Ke-8

Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. Ini kenyataan media:


KENYATAAN MEDIA DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

:

Kuala Lumpur, 29 Februari 2020-Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Proses ini adalah lanjutan daripada titah KDYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultán Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di mana ketua-ketua partí politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili partí masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143).

—–

Majlis angkat sumpah jawatan perdana menteri itu akan dilangsungkan 10 pagi esok di Istana Negara pada 1 Mac 2020.

Yang di-Pertuan Agong menyatakan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini tidak boleh dilengahkan lagi kerana mengambil kira kepentingan Rakyat.

Selain itu Yang di-Pertuan Agong percaya bahawa ini adalah solusi terbaik kepada kemelut politik yang telah melanda Malaysia.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.