RASMI: Thiago Alcantara Ucap Selamat Tinggal Bayern

Thiago Alcantara akhrinya secara rasmi mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Bayern Munich.

Ianya beberapa minggu selepas beliau menyatakan akan kekal di Bayern Munich.

Thiago dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

“Ya, ianya satu keputusan yang paling sukar dalam karier saya.”

“Saya memutuskan untuk menutup lembaran dengan kelab hebat ini.”

“Kelab di mana saya membangun dan mengembangkan diri sebagai pemain selama 7 tahun.”

“Kemenangan, kejayaan, detik gembira dan beberapa detik sukar juga. Namun apa yang paling saya banggakan adalah tiba di Munich sebagai pemain muda yang penuh dengan impian, dan meninggalkan kelab ini dengan impian terlaksana, dan dikenali di dalam kelab, dalam sejarah, falfasah, bahasa dan budaya.”

“Di sini saya belajar cara menyayangi, dan menghormati tradidis, di mana saya nak ucap selamat tinggal buat masa ini, tetapi saya takkan pernah lupa: Mia San Mia.”

“Saya dan keluarga saya telah hidup dalam detik yang luar biasa di kota, di Sabener Strasse dan sydah tentunya di dalam Allianz Arena yang kita sayangi.”

“Dengan kamu, keluarga Bayern-ku, yang melayan saya dengan sangat baik dan menyayangi saya setiap saat.:

“Keputusan saya adalah kerana alasan kesukanan semata mata.”

“Sebagai pemain bola sepak, saya perlukan cabaran baharu dalam usaha untuk membangunkan diri seperti yang saya lakukan di sini.”

 

Thiago bakal ke Liverpool

Semalam James Pearce dari Athletic melaporkan bahawa Thiago Alcantara hampir pasti menjadi milik Liverpool.

Ini selepas The Reds akhirnya setuju untuk membayar harga yang diminta Bayern Munich untuk pemain tersebut.

Pearce turut memuji pembelian yang dilakukan oleh Liverpool.

Bukan lagi rahsia Liverpool minat pada Thiago Alcantara. Namun kesepakatan sukar dicapai kerana isu harga.

Bayern berkeras meminta €30 juta untuk pemain yang jelas masih mampu bermain pada peak terbaik.

Thiago sudah menyatakan beliau tidak akan melanjutkan kontrak di Bayern. Jadi terpulang kepada Bayern sama ada mahu menjual beliau ataupun tak.

Jika dijual, Thiago sudah memberitahu bahawa beliau mahu bermain untuk Liverpool kerana adanya Jurgen Klopp.

David Maddock melaporkan bahawa Jurgen Klopp telah mendesak pengurusan tertinggi untuk membida Thiago dengan membayar nilai diminta Bayern.

Ini kerana Klopp memerlukan kualiti permainan dan hantaran yang ada pada Thiago di dalam pasukannya.

Satu lagi sumber, Christian Falk melaporkan Bayern mahu membelanjakan wang perpindahan Thiago untuk membeli pemain baharu. Namun bukan bermakna mereka akan membeli pemain tengah menggantikan Thiago.

Kerana mereka sudah ada Corentino Tolisson untuk mengisi tempat itu.

Fabrizio Romano yang sebelum ini dikecam Echo kononnya bawak laporan tak betul, telah menyatakan bahawa sebelum ini Liverpool berdepan persaingan dengan United.

Namun United menarik diri kerana tak mahu membayar £200,000 seminggu yang diminta Thiago.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1306520312146731008

Dan kini rundingan mendapatkan Thiago akan dimuktamadkan secepat mungkin.

Rundingan terma peribadi akan diselesaikan dalam beberapa jam lagi.

Thiago Alcântara do Nascimento atau dikenali sebagai Thiago lahir di San Pietro Vernotico, 11 April 1991.

Beliau adalah pemain anak kepada bekas pemain bola sepak Brazil dan pemenang Piala Dunia 1994, Mazinho.

Namun Thiago memilih untuk mewakili Sepanyol. Beliau boleh bermain di mana mana posisi di tengah.

 

 

Baca yang lain