RASMI: Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi BERSATU

Selepas pengumuman meletak jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pejabat Pengerusi BERSATU dalam satu kenyataan media berkata, Dr Mahathir sudah pun menghantar surat peletakan jawatan beliau pada hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Tun Mahathir melepaskan jawatan beliau serta merta.

Tun M lepaskan jawatan PM

Sebelum ini Tun M meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengesahkan Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri pada hari ini.

Dalam satu kenyataan media oleh PMO, ianya bertulis: “Surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari.”

Ketika ini, para pemimpin kanan parti BERSATU sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengesahkan bahawa kesemua ahli Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Harapan.

BERSATU keluar PH

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan media bahawa parti itu keluar daripada Pakatan Harapan juga sebentar tadi.

Berikut adalah petikan sidang media daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.”

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.”

“Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.”

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.”

Mantan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak bertanya, adalah ini dengan rasminya PH sudah terkubur?

Secara asasnya PH sudah hilang mandat sebagai parti pemerintah. Namun tak tahulah macamana selepas ini.

Baca yang lain

RASMI: Romel Morales Sertai JDT

Romel Morales secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT. Pengenalan rasmi pemain itu dibuat sebentar tadi dalam satu video ringkas. Romel Morales