Rasmi: UFC Pilih Gaetjhe Ganti Khabib Bukan McGregor

UFC mengesahkan bahawa mereka menggantikan Khabib Nurmagomedov dengan Justin Gaetjhe untuk pertarungan UFC249.

Dana White sebelum ini sudah menyatakan bahawa UFC249 akan 100% walaupun dengan atau tanpa Khabib Nurmagomedov.

Khabib Nurmagomedov yang sedang terperangkap di Rusia kerana menjalani kuarantin. Russia tidak mahu kenalkan rakyatnya keluar masuk ke negara lain buat masa ini kecuali atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Khabib telah dicemuh oleh Tony Ferguson kerana menganggap petarung itu kecut dan sengaja mengelakkan diri dengan bersembunyi di Rusia.

Tony menegaskan UFC perlu mencari sesiapa sahaja untuk memastikan pertarungan ini direalisasikan. Beliau juga meminta Khabib Nurmagomedov mencari lokasi sesuai dan akan menyusul ke tempat itu bagi bertarung.

Musuh utama Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor juga mengutuk Khabib Nurmagomedov. Dan beliau menyatakan kesediaannya untuk bertarung

Khabib Nurmagomedov memberikan respon bahawa kedua dua mereka – Tony Ferguson dengan Conor McGregor – akan selamanya di belakang beliau.

Nurmagomedov kecewa kerana media seolah olah menjadikan beliau sasaran hanya kerana dia menuruti Perintah Social Distancing di negaranya.
Khabib Nurmagomedov memberikan respon ketika dituduh pengecut oleh Tony Ferguson dan terbaru Conor McGregor.

Khabib Nurmagomedov kini berada di Rusia dan terpaksa membatalkan penyertaannya di dalam pertarungan UFC 249.

Kenyataan rasmi sudah beliau hebahkan menerusi Instagram miliknya. Di mana petarung Rusia itu menyatakan, beliau adalah manusia biasa juga yang tidak terkecuali daripada tanggungjawab sosial untuk mengikut langkah kesihatan.

Di mana Khabib berkurung di rumahnya di Rusia dalam tempoh kuarantin.

Khabib Nurmagomedov telah mengumumkan secara rasmi bahawa beliau menarik diri daripada UFC249 bertemu dengan Tony Ferguson.

Ini adalah kali kelima pertarungan di antara Nurmagomedov dan Tony Ferguson dibatalkan. Pertarungan UFC249 sepatunya berlangsung pada 18 April ini.

Khabib Nurmagomedov kini terperangkap di Rusia dan melalui tempoh lockdown kerana koronavirus.

Nurmagomedov menyatakan, beliau seolah olah menjadi sasaran oleh media dan segelintir pihak. Sedangkan ketika ini satu dunia sedang berkurung di rumah demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Khabib berkata: “Terus duduk di rumah dan membaca reaksi orang ramai ke atas pertarungan saya, ianya telah berubah menjadi seluruh dunia kini dalam kuarantin, melibatkan kerajaan di seluruh negara.”

“Orang ternama di seluruh dunia menyeru agar orang ramai mengikuti langkah keselamatan dalam usaha untuk mengurangkan penularan wabak, untuk menyelamatkan nyawa.”

“Dan Khabib adalah satu satunya yang dikecualikan dengan semua obligasi tersebut, dan perlu bebas terbang ke mana sahaja ke seluruh dunia, hanya semata-mata kerana satu pertarungan?”

“Saya faham semuanya, dan saya lebih sedih daripada orang lain kerana pertarungan ini terpaksa dibatalkan, sama seperti orang lain, saya juga ada perancangan selepas pertarungan ini. Namun saya tak ada kuasa mengawal semua ini.”

“Tetapi Khabib masih tetap kena bertarung, itu yang kamu katakan?”

“Jaga diri kamu dan letakkan diri kamu di dalam situasi saya sekarang.”

View this post on Instagram

Staying home in quarantine and reading the reaction of people to the situation around my fight, it turns out that the whole world should be in quarantine, governments of all countries, famous people around the world urge people to follow all safety requirements in order to limit the spread of the disease, to save people, and Khabib is the only one relieved of all obligations and must demonstrate free will and train flying around the world, for the sake of fight? – I understand everything and I’m definitely upset more than you to cancel the fight, probably like all others, I had many plans after the fight, but I can’t control it all. The greatest countries and the largest companies of our time are shocked by what is happening, every day the situation changes unpredictably. But Khabib still has to fight, is that what you saying? – Take care of yourself and put yourself in my shoes. – 📍 Сижу дома на карантине и читаю реакцию людей на ситуацию вокруг моего боя, получается весь мир должен сидеть на карантине, правительства всех стран и известные люди всего мира призывают людей соблюдать требования безопасности, чтоб ограничить распространение болезни ради спасения людей, а Хабиб, освобождён от всех обязательств и должен демонстрировать свободу воли и тренироваться летая по всему миру рискуя своей жизнью ради боя ? – Я все понимаю и точно не меньше вас расстроен отменой боя, наверно у меня , как и у всех других, было много планов после боя, но я не в силах контролировать все это. Сверх державы и крупнейшие компании нашего времени в шоке от того, что происходит, каждый день ситуация меняется непредсказуемо. Но Хабиб все равно должен драться, так получается? – Берегите себя и поставьте себя на мое место.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

 

Kenyataan Khabib Nurmagomedov itu membuatkan Tony Ferguson meminta agar bengkung kejuaraan milik petarung Rusia itu dilucutkan.

Tony Ferguson memberitahu SportsCenter: “Kejuaraan dia kena dilucutkan.”

“Tidak kiralah siapa yang kita ada sekarang. Kita kena pastikan acara ini terus berlangsung.”

Ferguson kemudian menuduh Khabib Nurmagomedov sengaja mencari alasan untuk melarikan diri. Sebab itu beliau balik ke Rusia untuk mengelakkan diri daripada pertarungan ini.

Ferguson sedia untuk berlawan di mana sahaja dengan Khabib Nurmagomedov.

Dia tahu, apa yang dia lakukan ini boleh menjadi alasan untuk tidak bertarung.”

“Dia tak nak ambil risiko langsung. Semua orang ambil risiko. Dia pula jenis bailed out. Susah saya nak jelaskan tetapi dia memang jenis bailed out.”

Terdapat juga ura-ura UFC akan mencari pennganti Khabib Nurmagomedov. Antara nama nama yang dikaitkan ialah Justin Gaethje.

Kemudian, Conor McGregor menuduh Khabib kecut dan melarikan diri daripada lawan yang kuat.

Not my level

Perkara itu mendapat perhatian oleh Khabib Nurmagomedov.

Bercakap menerusi video, Khabib Nurmagomedov tiada masalah jika Tony Ferguson nakkan gelaran interim tersebut dan Conor McGregor menjadi no.2.

“Semua orang tahu siapa yang terbaik.”

“Apabila saya berada di UFC, ianya akan selamanya macam ni: Tony akan menjadi juara interim, dan Conor [McGregor] akan menjadi nombor 2. ”

“Itu apabila saya berada di sini. Mereka berdua ni akan sentiasa menjadi nombor dua.”

“Saya yang akan menjadi nombor satu.”

“Mereka berdua ini akan menjadi nombor dua, interim, dan hakikatnya mereka berdua ni bukan berada di level saya. Kau tahu tak?”

“Ini baguslah, dapat membuatkan mereka, yang seorang jadi juara interim, dan Conor menjadi nombor 2.”

“Dengan ini mereka berdua memang layak, seorang menjadi juara interim dan Conor no.2.”

Nurmagomedov juga menegaskan beliau tiada masalah nak bertarung dengan sesiapa sahaja sekiranya beliau dapat keluar dari Rusia.

Sebelum ini beliau juga pernah beberapa kali meminta lokasi pertarungan daripada Dana White. Bukti beliau sentiasa bersedia untuk bertarung.

“Jika sekarang ini mereka berikan saya lokasi, dan saya boleh keluar dari Rusia dan saya boleh pergi ke mana mana negara, USA, Abu Dhabi, tak kisahlah, saya akan bertarung, 100% tiada masalah.”

“Sebelum ini pun saya setiap hari tanya Dana White, di mana lokasi pertarungan saya?”

“Ini bukan salah saya!”

“Namun ketika ini situasinya terlalu rumit, terlalu banyak persoalan dan saya tiada jawapan.”

“Saya faham ramai orang kecewa, kerana pertarungan ini ibarat pertarungan impian untuk peminat.”

“Inipun pertarungan impian saya juga.”

“Saya pun hilang banyak duit. Saya kehilangan sangat banyak perkara. Kalau nak tahu, tiada orang lain yang kehilangan lebih banyak perkara daripada saya.”

“Saya pun nak bertarung. Kerana itu saya pilih pertarungan ini. Kerana ini adalah pertarungan yang sengit dan pertarungan legasi.”

“Ini adalah pertarungan terbesar untuk peminat, pertarungan terbesar dalam UFC buat masa ini.”

“Boleh sahaja saya nak bertarung pertarungan mudah menentang ‘ayam’. Namun saya memilih pertarungan sukar.”

“Dan semua yang berlaku kini, saya tidak ada kuasa mengawalnya.”

Ok itu sahaja penjelasan daripada Khabib Nurmagomedov. Harap korang fahamlah.

Terbaru UFC mengumumkan bahawa Justin Gaetjhe akan menggantikan Khabib Nurmagomedov dan bukannya Tony Ferguson.

Gaetjhe menyatakan beliau gembira dan berkata ini untuk orang ramai dan dia sangat sukakan UFC.

Ini merupakan kali kelima pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov dengan Tony Ferguson dibatalkan.

Baca yang lain