RASMI: UFC Sahkan Khabib vs Ferguson Tetap Jalan

Pandemik koronavirus yang semakin menular tidak akan menjejaskan pertembungan UFC 249 Khabib Nurmagomedov dengan Tony Ferguson.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Dana White. Kedua-dua petarung dilaporkan sudah bersedia untuk bertemu dalam acara utama UFC 249.

Dana juga menyatakan bahawa ramain peminat terdesak untuk melihat Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson untuk itu bertemu di oktagon selepas empat pertarungan mereka sebelum ini dibatalkan atas beberapa sebab teknikal.

Dana White berkata dua tahun lalu bahawa beliau tidak akan menjadualkan semula perjuangan di antara kedua dua petarung.

Ini selepas kecederaan yang dialami oleh Ferguson telah memaksa pertarungan itu dibatalkan sehari sebelum UFC 223.

Pertarungan pada kali ini akan bertempat di New York. Tetapi Gabenor Andrew Cuomo baru-baru ini mengeluarkan pengharaman seluruh negara, untuk perhimpunan melibatkan lebih 500 orang.

Ini bermakna pertarungan akan dilakukan sama ada, di belakang pintu tertutup / arena kosong, ditangguhkan sekali lagi, atau dipindahkan ke lokasi baharu untuk menjimatkan kos.

Mengulas spekulasi bahawa pertarungan itu akan dibatalkan untuk kali kelima, Ali Abdelaziz berkongsi kenyataan di Twitter.

Pengurus kepada Nurmagomedov berkata: “Khabib Nurmagomedov vs si cermin mata hitam (Tony Ferguson) akan berlangsung pada 18 April.”

“UFC sentiasa mencari jalan, sama ada pertarungan ini dengan disaksikan pemianat atau tanpa peminat – pertarungan ini akan tetap menghangatka orang yang berada di rumah atas keperluan hiburan. ”

Selain itu, ada juga desas desus bahawa pertarungan itu mungkin akan dipindahkan ke kompleks UFC Apex di Las Vegas.

Bos UFC, Dana White berulang kali meminta agar orang ramai kekal bertenang dalam memutuskan sama ada acara sukan perlu ditunda di tengah pandemik.

Walaubagaimanapun, Dana White telah memindahkan UFC Brasilia ke tempat kosong.

Acara malam tersebut akan berlangsung seperti yang dirancang tetapi akan dijalankan tanpa penonton.

UFC London dijadualkan untuk hujung minggu akan datang. Dana White menegaskan acara itu masih akan diteruskan kerana Perdana Menteri UK Boris Johnson tidak membuat apa-apa cadangan tentang perkara itu.

Bercakap mengenai malam pertarungan yang akan datang, White berkata: “Saya bercakap dengan presiden dan naib presiden.”

“Mereka berkata berhati-hati, berhati-hati, tetapi teruskan hidup anda dan hentikan panik.”

“Daripada panik, kami malah bekerja dengan pegawai kesihatan dan kerajaan.”

Baca yang lain