RASMI: Werner Milik Chelsea OK

Timo Werner Akhirnya sah milik Chelsea.

Perkara itu disahkan oleh Chelsea dalam satu kenyataan media mereka

Werner menyatakan dia teruja untuk menyarung jersi The Blues.

“Hai semua. Saya gembira sangat menyertai The Blues pada musim depan.”

“Saya rasa ianya langkah yang tepat untuk saya dan saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada Chelsea FC.”

“Sudah tak sabar dah ni nak bermain dengan kelab macam Chelsea ni yang fantastik dan bersejarah.”

Werner sangat luar biasa pada musim ini.

Beliau tak henti henti menjaringkan gol.

Chelsea setuju membayar £53 juta sebagai tebus klausa pelepasan.

Saga Perpindahan Yang terlerai

Sebelum ini Chelsea dilaporkan berada dalam rundingan ‘advance’ untuk mendapatkan Timo Werner dari RB Leipzig.

Chelsea bersedia dan sudah menyatakan mereka mahu mengaktifkan klausa pelepasan yang ada pada kontrak pemain antarabangsa Jerman, Timo Werner.

Laporan beberapa media di Jerman dan di Eropah yang lain seperti Bild dan Matt Law dari Telegraph mengesahkan perkara tersebut.

Fabrizio Romano melaporkan, Chelsea sudah menghantar bidaan rasmi menerusi ejen kepada Werner.

Dari mana Chelsea dapat duit?

Chelsea sedia membayar sekitar €60 juta untuk mendapatkan Werner.

Ini kerana mereka akan mendapat sejumlah €54 juta daripada Atletico Madrid daripada penjualan Alvaro Morata pada akhir musim ini.

Chelsea sama seperti pasukan lain di England. Bergelut dengan masalah ekonomi yang melanda kerana covid-19 ini.

Namun mereka berjaya mendapatkan pulangan daripada penjualan pemain mereka.

Bermakna Chelsea hanya perlu menambah kurang €7 juta untuk membeli Werner.

Ia satu bisnes yang baik daripada Chelsea jika berlaku. Ini kerana mereka mengeluarkan Alvaro Morata daripada Stamford Bridge dengan nilai sangat tinggi.

Malah angka keseluruhan hasil penjualan Morata, ditambah dengan angka bayaran ketika pinjaman melebihi angka klausa pelepasan Werner.

Dan wang itu dibelanjakan untuk pemain yang dalam peak terbaik.

Werner dilaporkan bakal menerima €220,000 seminggu di Stamford Bridge. Ianya angka yang sangat menarik untuk beliau datang ke England.

Di mana sebelum ini Werner sudah menegaskan beliau mahu merumput di EPL.

Werner merupakan pemain yang boleh bermain di kesemua posisi di barisan serangan. Beliau sudah menyatakan tidak akan melanjutkan kontrak di Leipzig.

Musim ini Werner berada dalam prestasi terbaiknya. Menjadi pesaing utama untuk perebutan kasut emas Bundesliga.

Chelsea nampaknya sudah mendapat nombor sembilan yang power. Syabas