RASMINYA! Cristiano Ronaldo Kongsi Status GOAT Di Hadapan Gol, Messi Kelima

Cristiano Ronaldo  terus melakar satu lagi sejarah dalam bola sepak. Bintang Juventus itu kini menyamaai rekod Josef Bican untuk jumlah gol yang dikira secara rasmi.

Ronaldo menjaringkan gol lagi gol dalam kemenangan 3-1 Juventus ke atas Sassuolo. Menjadikan ia sebagai gol ke-15 beliau untuk Bianconeri dalam liga Itali musim ini.

Gol tersebut bukan sahaja meletakkan Ronaldo dalam senarai pendahulu kasut emas Serie A, malah telah menyamakan rekod gol rasmi 759 yang dilakukan Josef Bican.

Sebelum ini, FIFA mengeluarkan bahawa jumlah gol Josef Bican adalah 805. Namun gol rasmi beliau adalah 759 gol. Selebihnya gol Bican adalah dijaringkan di peringkat belia.

Ronaldo kongsi status GOAT

Kini Ronaldo hanya perlu menjaringkan 1 gol sahaja lagi untuk mengatasi rekod Bican untuk jumlah gol terbanyak sepanjang zaman bagi gol yang rasmi. GOAT adalah merujuk kepada Greatest Of All Time ataupun terbaik sepanjang zaman.

Bican mencatatkan sejumlah 759 gol dalam kariernya dari tahun 1931 hingga 1955. Memandangkan situasi semasa CR7 yang masih gagah perkasa di atas padang. Ia adalah persoalan secepat mana? Berbanding dengan mampukah dia menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Dengan hanya satu gol maka Ronaldo akan memisahkan dirinya dnegan Bican sebagai GOAT sebenar untuk kategori penjaring gol sepanjang zaman.

Seteru Ronaldo iaitu Lionel Messi kini berada dalam senarai kelima di dalam sejarah dengan catatan 719 gol.

Sementara itu ayahanda Pele berada di ranking ketiga, seterusnya seorang lagi bintang Brazil, Romario pula berada di tangga keempat dalam senarai GOAT untuk penjaring gol.

Kehebatan Bican yang jarang diceritakan

Hebatnya, Josef Bican mempunyai nisbah gol yang sangat tinggi. Josef Bican, yang pernah mencatatkan catatan 10.8 saat berlari dalam jarak 100 meter. Rekod yang sangat kompetitif untuk bersaing ke Olimpik jika beliau diberikan latihan yang tepat di trek.

Bican mempunyai nisbah gol 1.52 setiap perlawanan sepanjang kariernya. Pele pada 2017 mengklaim golnya adalah 1,238 dan FIFA menolak untuk menerima ia sebagai angka rasmi.

FIFA dalam kenyataannya berkata:

“Legenda Brazil Pele memasukkan sejumlah gol yang dijaringkan dalam pertandingan tidak rasmi. Sekiranya kita melakukan hal yang sama dengan Bican, jumlah golnya mencecah 1,468 gol. Satu perkara yang pasti, sukar untuk mengesahkan jumlah gol yang tepat, memandangkan mereka bermain di era yang sangat lama.”

Bican dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah dan beraksi dalam generasi emas Czechslovakia. Malang sekali ketika peak kariernya Bican tak pernah meng Piala Dunia bersama negaranya yang ketika itu digeruni.

Ini kerana perang dunia yang meletus pada ketika itu. Sejarawan Radovan Jelinek menyatakan, jika tidak, kemungkinan besar Bican sebaris dengan Pele untuk membantu negaranya memenangi beberapa siri Piala Dunia.

Radovan juga menjelaskan pemain seperti Bican hanya lahir sekali dalam seratus tahun untuk negara seperti Republik Czech / Austria.

Rakannya menyatakan, di dalam kariernya Bican menjadikan gol itu permainannya. Malah mereka mendakwa Bican menjaringkan lebih 5,000 gol dalam kariernya jika mengambil kira kesemua gol tak kompetitif termasuk aksi pershabatan dan perlawanan pertunjukan.

Namun Bican tidak pernah mengklaim gol itu sebagai gol rasmi cuma beliau pernah menyatakan: “Siapa yang akan percaya kalau saya kata saya menjaringkan gol 5 kali lebih banyak daripada Pele.”

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi