Rated R Superstar Edge Kembali Ke WWE

Rated-R Superstar Edge telah bersara daripada dunia gusti pada tahun 2011 kerana mengalami kecederaan leher yang sangat kritikal kembali ke WWE.

Beliau antara bintang Wwe yang bersara dengan cara paling terhormat dalam sejarah Wwe sendiri.

Ketika mengumumkan persaraannya dalam dunia gusti beliau ketika itu adalah penyandang bengkung kejuaraan Heavyweight Dunia.

Dan kerana masalah kecederaan yang tidak mengizinkan beliau untuk terus beraksi di atas gelanggang lagi beliau telah melepaskan Kejuaraannya dan seterusnya bersara dari Wwe.

Beliau sering juga membuat kemunculan dalam acara-acara Wwe,namun kemunculan beliau hanyalah sekadar sebagai tetamu untuk temubual atau sesi wawancara didalam gelanggang bukannya untuk bertarung.

Pada penghujung tahun 2019 yang lalu, khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan kembali bergusti tersebar dengan sangat meluas. Namun hal itu dinafikan oleh beliau sekeras-kerasnya.

tetapi gosip tentang beliau itu terus tersebar terutama selepas dia menyerang Elias dengan gerakkan Spear di acara Ppv SummerSlam.

Biarpun beliau terus menyangkal bahawa dirinya tidak akan kembali ke dunia gusti dan telah dibenarkan untuk kembali beraksi didalam gelanggang.

Namun Minute Maid Park menjadi gegak gempita apabila terdengar lagu tema Edge ‘Metalingus’ untuk “entrance” ke 21 acara Royal Rumble pada tahun ini.

“The Canadian” keluar sahaja dari laluan itu beliau mendapat jeritan kuat dan sokongan padu dari penyokong dan para peminat begitu teruja dengan kemunculan semula bintang kesayangan semua itu.

Ternyata walau sudah lama tidak beraksi di gelanggang tidak merencatkan aksi beliau.

Beliau sempat melakukan gerakan penyudah beliau “Spears” keatas semua penggusti yang masih beraksi didalam gelanggang.

Beliau juga telah menjamin penyingkiran pertamanya dengan menghumban AJ Styles keluar gelanggang melalui tali teratas.

Tetapi ia mungkin tidak dirancang kerana Styles nampaknya cedera selepas terkena gerakan “Spear” Edge.

Tidak lama selepas itu,The Rated Rko disatukan semula ketika Randy Orton memasuki gelanggang.

Orton dan Edge tidak menunggu lama untuk kembali bersatu lalu menyingkirkan penggusti lain keluar gelanggang.

The Rated R Telah melakukan aksi yang terbaik didalam perlawanan ini.

Gerakan dan aksinya masih hebat seperti zaman kegemilangan beliau dahulu.

Didalam perlawanan ini juga Edge dapat bersua muka berdepan dengan lelaki yang pernah mengancam untuk melumpuhkan beliau.

Pada tahun 2014 di satu slot edisi Raw, Seth Rollins pernah mengancam untuk melumpuhkan Edge.

Walau masuk sebagai peserta terakhir “The Monday Night Messiah” Seth Rollins tidak mampu bertahan lama apabila beliau telah disingkirkan oleh Juara Royal Rumble tahun ini Drew Mcintyre.

Perikatan di antara Edge dan Orton berakhir apabila Orton bertindak seperti mahu menyerang Edge dari belakang, lalu Edge telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Orton telebih dahulu sebelom beliau dikhianati.

Tidak disangka Edge mampu bertahan hingga 3 yang terakhir dan sempat bertarung dengan Roman Reings.

Roman yang terkenal dengan gerakkan “Spears” nya mencuba untuk melakukan gerakkan itu ke atas Edge.

Namun pengalaman Edge lebih membantu apabila Edge berjaya mengelak dan membalas dengan menggunakan gerakkan sama keatas Roman.

Namun perjuangan Edge Terkandas apabila beliau disingkirkan oleh Roman sebelom “The Big Dog” itu sendiri disingkirkan oleh Drew.

Drew menjadi juara edisi kali ini dan penonton sangat berharap Drew akan memilih untuk bertemu Lesner pada WrestleMania nanti.

Begitulah kisah perjalanan Edge yang kembali beraksi didalam gelanggang Wwe.

Tidak pasti sama ada beliau akan beraksi sepenuh masa atau tidak dalam Wwe, tetapi beliau sudah menandatangani kontrak baru selama 3 tahun bersama Wwe, menurut WrestleVores!.

Walau suasana kemunculan beliau tidak semeriah kemunculan Aj Styles Pada tahun 2016 tetapi kemunculan semula Edge sudah pasti menjadi berita gembira buat para peminat yang merindui aksi beliau.

Sumber : GiveMeSports

Sumber : GMS

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan