Rating Dan Ulasan Perlawanan Liverpool Menentang Norwich

Liverpool semakin menghampiri kejayaan untuk menjulang Kejuaraan Liga Perdana yang pertama dalam tempoh 30 tahun ini.

Liverpool berjaya menewaskan Norwich 1-0 di Carrow Road untuk membawa mereka memimpin Liga Perdana dengan kelebihan 25 mata.

Mane penjaring gol tunggal perlawanan diletakkan dibangku simpanan pada awal permainan dan masuk pada minit ke 60 menggantikan Oxlade Chamberlain.

Minamino tidak disenaraikan dalam perlawanan ini dan puncanya tidak diketahui.

Kebanyakkan peminat Liverpool sudah mula meratib memarahi Klopp tidak menurunkan minamino.

Mungkin mereka lupa bahawa Klopp ada ramuan dan rahsia beliau sendiri untuk mendapatkan 3 mata.

Disini kita akan bagi rating untuk perlawanan Liverpool menentang Norwich mengikut pandangan peribadi saya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Alisson Becker 9

Melakukan save yang padu dalam keadaan dua lawan satu. Walaupon keadaan ketika itu offsaid, namun Alisson berjaya menyelamatkan keadaan.

Pada babak kedua beliau sekali lagi menjadi wira Liverpool apabila berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya dari Pukki.

Trent Alexander-Arnold 6

Banyak melakukan hantaran dalam perlawanan ini namun hantaran beliau serba tidak menjadi.

Beliau kurang membantu bahagian serangan dalam perlawanan ini. Tetapi beliau bagus ketika bertahan.

Joe Gomez 7

Gomez masih mengekalkan gandingan mantapnya bersama Van Dijk menjadi benteng pertahanan terakhir pasukan Liverpool. Beliau berjaya mengawal Pukki dengan baik dalam perlawanan ini.

Beliau lebih kerap di asak pada babak pertama berbanding babak kedua. Nampaknya Matip dengan Lovren kena usaha lagi gigih lah nak ganti tempat beliau.

 

Virgil Van Dijk 7

Beliau banyak di asak di babak kedua dan lebih santai di babak pertama. Mengawal barisan pertahanan dengan baik.

 

Andy Robertson 5

Tidak banyak boleh dikatakan tentang permainan Robbo pada perlawanan ini. Beliau banyak membantu bahagian serangan tapi hantaran dan gerakkan beliau serba tak menjadi.

Dari segi bertahan pon beliau tidak menunjukkan aksi sebenar beliau lagi. Aksi beliau pada babak kedua nampak lebih baik berbanding babak pertama.

Jordan Henderson 8

Henderson pada babak pertama lebih kepada membantu bahagian pertahanan.

 

Banyak juga beliau matikan langkah serangan lawan. Selepas kemasukkan Fabinho beliau mula banyak membantu bahagian serangan dan hasilnya beliau berjaya melakukan satu bantuan jaringan untuk gol kemenangan pasukan Liverpool.

Gini Wijnaldum 5

Hilang punca, agak kucar kacir aksi beliau dalam perlawanan ini. Ada juga melakukan serangan tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada lawan. Beliau dikeluarkan kerana kurang berfungsi dalam perlawanan ini.

Naby Keita 5

Rehat terlalu lama mungkin penyebab Keita serba tidak menjadi dalam perlawanan ini. Belum panas mungkin.

Mendapat satu peluang keemasan yang sepatutnya disudahi dengan lebih baik namun di selamatkan oleh Krul.

 

Walau beliau banyak terlibat dalam gerakkan menyerang Liverpool tapi jelas aksi beliau bukan berada di tahap terbaik.

Mohamed Salah 7

Kebiasaanya Mo Salah jika ada ruang dia akan terus membuat percubaan, tidak kira percubaan tepat atau tersasar.

Namun dalam perlawanan ini beliau nampak seperti dikawal ketat oleh pertahanan Norwich dan gerakkan beliau sudah boleh dibaca oleh pertahanan Norwich.

Roberto Firmino 7

Bermain di Role kegemaran beliau dan banyak membuat larian berbahaya serta bijak mengawal bola.

Aksi beliau didalam perlawanan ini tidak lah seperti aksi terbaiknya namun beliau masih memberi impak dalam gerakkan serangan pasukan Liverpool.

 

Alex Oxlade-Chamberlain 5

Tidak ketentuan hala di babak pertama. ada melakukan beberapa cubaan meliar. Tidak begitu tajam dalam perlawanan ini.

Pemain Pengganti

Sadio Mane ( Oxlade-Chamberlain 60) 8

Memberi keyakinan yang sangat diperlukan bagi unit serangan pasukan Liverpool.

Walau baru pulih dari kecederaan daya serangan beliau masih berbisa. Menjadi penjaring tunggal dalam perlawanan.

 

Kena bagi rate tinggi sebab menjaringkan gol dan banyak melakukan gerakkan berbahaya walau masuk pada minit ke 60.

Fabinho (Wijnaldum 60) 7

Masuk menggantikan Wijnaldum pada minit ke 60 dan mengawal bahagian tengah dengan baik.

kemasukkan beliau juga memberi ruang kepada Henderson dalam membantu bahagian serangan. Pertukaran yang menjadi dari Klopp.

James Milner (Keita 84)

Masuk menggantikan Keita pada minit ke 84. Kemasukkan beliau mungkin sekadar untuk menghabiskan masa dan meraikkan kemenangan.

Sekian untuk ulasan yang di buat di kedai mamak. Duduk pulak belakang sekali jauh dari layar putih jadi ulas ikut apa nampak sahaja lah. Kalau kalian ada pendapat sendiri sila kongsikan di ruangan komen.

Baca yang lain