Rating Pemain: Liverpool vs Shrewsbury – Van Der Berg 8, Neco 9, Jones …..

Liverpool turun dalam aksi ulangan menentang Shrewsbury untuk pusingan keempat Piala FA.
Perlawanan pertama berakhir dengan keputusan seri 2-2, hasil kebangkitan daripada ketinggalan Shrewsbury menerusi Jason Cummings.

Dalam aksi kedua, Liverpool menurunkan pasukan B-23 sepenuhnya di bawah bimbingan Neil Critchley. Walaupun muda dan ramai yang remaja, para pemain Liverpool menunjukkan kematangan mereka dalam aksi ini.

Pemain-pemain muda kendalian Neil Critchley bermain dengan sangat baik pada perlawanan itu. Setiap posisi berjaya diurus dengan kemas. Pengawalan bola serta pertahanan yang sangat mantap telah ditunjukkan oleh Pemain belia ini.

Walau sedikit tumpul di bahagian serangan namun mereka banyak melakukan asakan berbahaya hingga pemain tengah Shrewsbury terpaksa lebih bertahan berbanding menyerang.

Disini kita akan menilai aksi para pemain muda yang akan menjadi prospek masa depan buat pasukan kita berdasarkan skala 1 hingga 8.

Caoimhin Kelleher 7

Sangat bertenang pada babak pertama perlawanan. Masuk babak kedua beliau berjaya menyerap beberap asakan lawan. Pengawalan bola yang bagus dan kemas. Sedikit gugup ketika Shrewsbury mula menyusun serangan.

Paling menarik beliau berjaya menyelamatkan satu hantaran lintang berbahaya di masa kecederaan. Jika beliau tidak menyelamatkan hantaran itu sudah pasti akan ada ancaman berbahaya dari pihak lawan.

Neco Williams 9

Sudah mula menjadi pemain yang disukai oleh para peminat. Beliau sangat bertenang mengawal posisinya dan bermain dengan cukup baik. Cara beliau mengawal serangan dan pertahanan di sebelah kanan padang sangat mantap.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan sendiri oleh bekas pemain Manchester United melalui umpanan jarak jauh Neco William.

Beliau sangat yakin untuk membuat hantaran serta menyerang. Antara bintang yang bakal menyerlah bersama skuad senior satu hari nanti.

Ki-Jana Hoever 7

Bermain dengan kurang baik pada awalnya mungkin kerana gugup. Semakin lama semakin bagus kawalan bola dan menyusun serangan dari bawah dengan kemas. Menunjukkan kematangan dalam menyerap asakan lawan dan berjaya mengawal barisan pertahanan Liverpool dengan baik.

Sepp van den Berg 8

Pertahanan muda ini menunjukkan aksi bertahan yang mantap pada perlawanan awal pagi tadi.Β  Beliau berjaya memenangi hampir kesemua perebutan bola di udara bersama pihak lawan.

Bijak membaca gerakkan lawan dan mematahkan serangan lawan. Beliau banyak menyelamatkan Liverpool dari serangan pasukan Shrewsbury. Dalam perlawanan semalam beliau adalah Van Dijk versi remaja.

Adam Lewis 7

Beliau telah membuat Kemunculan sulung awal pagi tadi selepas berehat selama Tiga bulan kerana kecederaan lutut. Tidak disangka beliau masih boleh menyesuaikan diri dengan corak permainan seperti itu.

Beliau banyak membantu unit serangan Liverpool pada perlawanan ini. beliau sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu ketika menyerang dan menahan asakan lawan. Cuma beliau perlu lebih berusaha untuk meningkatkan keupayaan pengawalan bola nya sahaja.

Pedro Chirivella 9

Dari perlawanan menentang Everton lagi kita boleh lihat Chirivella mengawal bahagian tengah dengan cukup baik.

Pada perlawanan awal pagi tadi Chirivella mengemudi jentera tengah Liverpool dengan sangat efektif.

Beliau sudah sangat matang dalam permainannya dan sudah mampu beraksi setanding pemain seniurnya.

beliau mengawal bahagian tengah Liverpool untuk memulakan serangan bahkan beliau juga cepat turun untuk membantu bahagian pertahanan.

Leighton Clarkson 8

Tidak semua semua hantaran beliau berjaya dilakukan dengan sempurna namun beliau beraksi dengan sangat baik awal pagi tadi.

Beliau sentiasa maju ke depan untuk membuat serangan dan tidak takut untuk mengasak atau mencabar pertahanan lawan.

Menghulur bola yang cantik untuk Williams awal pagi tadi. Paling penting beliau langsung tidak gentar untuk membuat bentesan ke pihak lawan.

Jake Cain 7

Beliau agak menonjol pada peringkat awal tetapi beliau mengalami sedikit kesukaran pada babak kedua.

Jika beliau mengekalkan gaya permainan beliau dari awal hingga akhir pasti beliau akan dinilai dengan skala lagi tinggi.

Walau dikawal agak rapi namun beliau masih berjaya melepaskan diri dari kawalan dan ruang yang sukar.

Permainan yang baik ditunjukkan oleh beliau dalam aksi menentang Shrewsbury ini.

Harvey Elliott 8

Beliau menunjukkan permainan yang jauh lebih baik berbanding perlawanan pertama lalu. Beliau membuat larian-larian berbahaya untuk masuk ke kawasan pertahanan lawan.

Beliau juga banyak membuat hantaran silang dan hantara terus ke bahagian serangan.

Kehadiran beliau semalam digeruni pertahanan lawan. Namun peluang pada minit akhir perlawanan beliau gagal membuat serangan balas dengan menghantar bola terlalu laju ke penjaga gol lawan.

Aksinya semakin baik dan beliau semakin matang. Dalam perlawanan ini beliau adalah Mo Salah versi remaja.

Liam Millar 6

Sukar sebenarnya untuk seorang penyerang muda seperti beliau untuk berhadapan dengan pertahanan Shrewsbury yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Beliau tidak mampu bersaing dengan pertahanan Shrewsbury mungkin kerana kurang pengalaman beraksi bersama pemain lebih seniur.

Namun permainan beliau awal pagi tadi tidak lah terlalu buruk. Beliau juga banyak membuka ruang untuk pemain lain melakukan serangan.

Beliau nampak sedikit menjadi apabila bertukar-tukar posisi dari tengah ke kiri dan ke kanan. Permulaan yang baik beliau telah dikeluarkan pada babak kedua.

Curtis Jones 8

Beliau bermula di sebelah kiri tetapi diberi peluang untuk menjadi pemain yang bebas untuk bermain di mana saja. Beliau berjaya menguji O’Leary dengan satu sepakan percuma yang cantik.

Beliau mengawal bahagian tengah dan atas dengan cukup baik. Namun beliau sedikit tamak untuk membuka ruang kepada penyerang dan lebih memilih untuk membuat tendangan terus ke gawang lawan.

Namun beliau tetap menunjukkan permainan yang baik. Beliau sangat berbakat untuk menjadi Prospek masa depan pasukan.

Joe Hardy (Menggantikan Millar 82)

Turun melakukan debutnya dan bermain dengan baik. Beliau telah masuk menggantikan Millar. Beliau hampir memberikan sesuatu pada perlawanan ini hasil umpanan dari Elliot.

Morgan Boyes (Menggantikan Clarkson 90 + 2)

Masuk untuk melengahkan masa dan meraikan kemenangan.

Elijah Dixon-Bonner (Menggantikan Elliott 90 + 4)

Membuat debut di Anfield.

Baca yang lain