Rating Pemain Liverpool vs West Ham

Laporan pemain Liverpool bagi perlawanan menentang West Ham. Aksi Permainan Alisson Becker awal pagi tadi dinilai luar biasa dan Roberto Firmino pula permainannya berada di kelas tersendiri.

Jaringan dari Mohamed Salah dan Oxlade-Chamberlain telah memberikan Liverpool kemenangan yang selesa menewaskan West Ham 2-0 di Stadium London.

Dengan kemenangan itu Liverpool kini bermaharajalela dipuncak Liga mendahului Manchester City 19 mata.

Alisson Becker : 9/10

Menangkap kemas beberapa hantaran lintang di babak pertama permainan. Berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya dari Snodgrass dan dua kali mengecewakan cubaan dari Rice di babak kedua permainan. Beliau mempamerkan aksi yang sangat mantap.

Trent Alexander-Arnold 7/10

Hantaran lintang yang tidak seperti biasa dilakukan. Beberapa kali diuji menahan asakan dari Masuaku. Hantaran lintang untuk babak kedua lebih baik dari babak pertama.

Menunjukkan aksi bertahan yang lebih kemas pada babak kedua permainan. Nasib menyebelahi beliau kerana hampir saja beliau menjaringkan gol sendiri.

Joe Gomez – 7/10

Bertahan dengan baik dan mengawal bola dengan cemerlang serta sentiasa mengeluarkan bola dari dalam keadaan berbahaya ketika West Ham menyerang. Berjaya mengawal Haller dengan baik.

Virgil van Dijk – 7/10

Beliau nampak begitu bosan pada babak pertama. Beliau turun naik dan mengawal padang dengan baik.

 

Pada babak kedua beliau menunjukkan teknik pertahanan yang lebih baik dari pada apa yang ditunjukkan di babak pertama permainan.

Andy Robertson – 7/10

Agak goyah ketika bertahan dibabak pertama tetapi sangat menjadi ketika menyerang.

Membuat cubaan berbahaya dan beberapa hantaran lintang. Aksi beliau semakin membaik dari awal hingga akhir aksi di padang.

Jordan Henderson – 7/10

Sukar untuk beliau hendak menjaga tempo serangan Liverpool, namun beliau tetap berjaya membuat beberapa hantaran kepada pemain dibahagian serangan di babak pertama. Babak kedua beliau menjadi perisai pertahanan yang cukup baik.

Gini Wijnaldum – 7/10

Bermula dengan cemerlang, sentiasa membuat larian dan hantaran berbahaya ke depan. berjaya mengimbangi permainan dari awal hingga akhir.

Kelekaannya menyebabkan Snodgrass mendapat peluang untuk menjaringkan gol mujur diselamatkan oleh Alisson.

Alex Oxlade-Chamberlain – 7/10

Agak santai sebelum masuk babak kedua permainan. Sentuhan pertama beliau juga lebih baik dalam perlawanan ini.

Ditugaskan untuk memperkuat barisan serangan. Menguasai bahagian tengah padang dengan baik dan yang paling penting beliau menjaringkan gol untuk perlawanan ini.

Mohamed Salah – 8/10

Dikawal rapi oleh Ogbonna dan Cresswell namun beliau berkali kali juga berjaya meloloskan diri dan sempat membuat beberapa hantaran berbahaya.

Hampir saja Robertson menjaringkan gol hasil umpanan beliau di babak pertama. Menjaringkan gol penalti yang cantik.

Roberto Firmino – 9/10

Mengawal bola dan tempo permainan dengan baik pada babak pertama, sering berada dibahagian tengah untuk membantu bahagian serangan.

Antara pemain terbaik Liverpool dalam perlawanan ini. Mempamerkan aksi luar biasa hebat dalam pengawalan bola.

Membuka ruang untuk Origi hingga mendapat sepakan penalti. Beliau juga hampir-hampir menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Aksi beliau sangat memberangsangkan.

Divock Origi – 7/10

Bermula baik dengan larian-larian yang deras,lebih banyak bermain di bahagian tengah dan atas. Mengucar-ngacirkan pertahanan West Ham dan telah dijatuhkan didalam kotak penalti lalu memberikan Liverpool mendahului West Ham melalui sepakan penalti.

Banyak juga mengumpan bola untuk Mo Salah dan Firmino dan ada membuat beberapa percubaan yang telah diselamatkan oleh Fabianski.

Fabinho (Menggantikan Origi ) – 7/10

Membantu mengukuhkan bahagian tengah dan menggagalkan serangan balas West Ham.

Naby Keita (Menggantikan Alexander-Arnold) 5/10

Kembali beraksi setelah lama berehat akibat kecederaan. Walau bermain hanya di babak kedua namun corak pemainannya masih bagus.

Curtis Jones (Menggantikan Oxlade-Chamberlain ) 4/10

Beliau dibawa masuk mungkin hanya untuk menambah minit permainannya dan memberikan beliau keyakinan untuk beraksi dipentas yang lebih besar.

Baca yang lain