RATM: Band Jiwa Politik Morello-De La Rocha Yang Dibenci ZI0NIS

Band yang digelar paling lantang bersuara dan tidak malu mengakui mereka adalah aktivis, itulah Rage Against The Machine.

Mereka bersuara dengan muzik keras dan bingit. Menyuntik fans mereka dengan propaganda menerusi rap yang keras. Gelarlah apa sahaja yang kamu mahu, Nu Metal, Hardcore Punk, Funk, Rap-Metal, atau heavy metal band. Yang pasti ini adalah Rage Against The Machine!

Mereka bercakap mewakili suara orang ramai yang ditindas kerana diskriminasi politik. Tersepit dalam polemik mereka yang gola kuasa.

Asalnya Tom Morello merupakan pemain gitar kumpulan Lock Up yang beraliran funk metal. Morello mulai mengambil keputusan untuk memperkasakan lagi kumpulannya. Dan dia mencari ahli band yang baru. Lalu dia bertemu dengan Zack de la Rocha, yang ketika itu menjadi orang hadapan kumpulan Inside Out bersama dengan Commerford dan Brad Wilk.

Rage Against The Machine, portrait, Pinkpop, Landgraaf, Netherlands, 27th May 1996. (Photo by Niels van Iperen/Getty Images)

Mereka kemudian memutuskan untuk membentuk kumpulan baru bernama Rage Against the Machine. Nama kumpulan ini diinspirasikan daripada salah satu lagu de la Rocha bersama dengan band beliau terdahulu.

RATM menjengah ke arus perdana pada 1992 menerusi album self titled — satu protes kepada keganasan polis dan diskriminasi perkauman yang sistematik. Album tersebut mendapat 3 platinum. Ya! Hanya pada album debut, mereka sudah menggegar dunia. Di sinilah bermulanya era mereka memacakkan panji band mereka.

Mereka menghasilkan kulit album yang sangat kontroversi, memaparkan sami Buddha, Thích Quảng Đức, yang membakar dirinya sendiri di jalanan Saigon pada 1963 sebagai protesnya terhadap pemerintahan zalim di bawah pimpinan Perdana Menteri Vietnam, Ngo Dinh Diem yang disokong dan ditaja Amerika Syarikat.

Album tersebut laku keras dan terjual lebih 5,000 unit pada minggu ianya dilancarkan.

Bayangkan, ketika versi tanpa tapisan lagu lagu di dalamnya dimainkan di corong radio, beratus ratus aduan dan komplen diterima oleh syarikat radio.

Namun itu bukan alasan untuk RATM berundur. Mereka tidak peduli tentang kemahsyuran. Mereka mahukan mesej mereka disampaikan.

Kreativiti dan kehebatan Tom Morello menjadi bualan ramai.

Walaupun mereka dikritik oleh puak berhaluan kanan di Amerika, namun di kalangan pengkritik muzik dan sosialis, mereka diberikan tepukan.

Sepanjang dekad 90-an mereka menggunakan konsert konsert dan karta mereka untuk membawa anak anak muda berganding bahu dalam revolusi kemanusiaan. Ada dua album mereka berada di senarai teratas Grammy pada era tersebut iaitu Evil Empire (1996) serta The Battle of Los Angeles (1999).

Pada era millenium, mereka tidak ada tanda tanda keletihan. Sebaliknya terus bertenaga dengan lagu lagu panas dan keras. Cuma pada lewat 2000-an, akhirnya mereka memutuskan untuk berehat selepas album Renegades.

Ahli ahli RATM terlibat dalam projek masing masing. Misalnya, vokalis Zack de la Rocha bergerak solo. Dan ahli yang lain menubuhkan Audioslave bersama dengan vokalis Soundgarden, Chris Cornell.

Pandangan berbeza juga ditulis oleh pengkritik muzik. Misalnya Loudwire, melabel album pertama RATM begitu “berbahaya” dan “agresif.” Sedangkan Pitchfork pula berpendapat album Rage Against the Machine adalah karya yang dibuat dengan kejujuran mampu membuat para pendengar mabuk dan ketagihan.

RATM mulai dijemput dalam konsert konsert besar. Mereka sebelum ini hanyalah bermain di gigs gigs kecil. Sekarang mereka berada di arena Lollapalooza, Woodstock, seghinggalah ke tour Public Enemy menjadi band pembuka.

Tom Morello mendedahkan, walaupun lirik mereka adalah sepenuhnya daripada jiwa mereka sendiri. Namun elemen muzik mereka tak lari daripada pemuzik terdahulu seperti Minor Threat, Black Sabbath, S*x Pistols, Public Enemy, Run DMC, hingga Cypress Hill.

Oleh kerana muzik mereka unik, genre mereka disebut dengan bebeza oleh pemerhati muzik. Ada yang menggelar mereka sebagai rapcore metal, ada yang menggelar mereka funk metal, heavy metal, dance metal dan bermacam lagi.

Selepas EP yang memukau, mereka menghasilkan album kedua Evil Empire (1996) dan The Battle of Los Angeles (2000).

Rolling Stone kemudian menyediakan kolum khas penghargaan kepada Tom Morello. Di mana Rolling Stone melabel Morello sebagai gutaris “Guerilla Radio.”

Kegilaan ke atas RATM memang sukar digambarkan. Mereka memberikan semangat kepada ramai manusia yang lain di luar sana menerusi lirik dan semangat mereka.

Politik dan RATM

Apabila bercerita tentang RATM, pastinya tak akan lari daripada pandangan politik mereka. Sebab band ini memang berbentuk politikal. Falsafah politik Morello dan De La Rocha paling kuat mempengaruhi band ini.

Morello lahir dari pasangan suami isteri Ngethe Njoroge dan Mary. Ayahnya adalah mantan anggota gerakan Mau Mau yang berjuang membebaskan Kenya dari penjajahan Inggris dan perwakilan Kenya di PBB pasca-merdeka.

Ibunya, Mary, merupakan perempuan kulit putih yang aktif dalam sejumlah LSM gerakan hak asasi manusia seperti Urban League.

Namun ibu bapa Morello bercerai saat usianya reamaja awal. Morello tinggal bersama ibunya, mereka pindah ke Libertyville, wilayah di pinggiran Chicago yang majoiritinya didiami orang kulit putih.

Oleh kerana dia anak kepada seorang kulit hitam dari Kenya, Afrika, Morello mulai menelan realiti kejam yang dia tak pernah rasai sebelum ini. Dia menjadi mangsa ejekan dan perkauman oleh rakan rakan sebaya, malah orang lebih dewasa.

Ibunya dipandang rendah oleh masyarakat. Dan sukar mendapatkan pekerjaan, hanya kerana orang tahu dia pernah berkahwin dengan orang kulit hitam.

Dia dan ibunya sentiasa menjadi kekuatan dan semangat antara satu sama lain. Walaupun ibunya seringkali terluka dan terseksa, namun ibunya sentiasa mengingatkan Morello agar dia harus sentiasa berbangga dengan siapa dirinya. Seterusnya ibunya menanam semangat pentingnya hak kesamarataan tanpa mengira warna kulit.

Morello hidup dengan falfasah hidup ibunya. Dia pelajar yang pandai. Dan dia berjaya memasuki Havard walaupun berdepan banyak dugaan sepanjang perjalanan. Ketika di Havard, Morello mengambil pengajian sains sosial. Pada masa senggang, Morello suka menulis tentang gerakan aktivis sivil di di Amerika, Afrika Selatan, dan beberapa negara lain.

Diskriminasi yang sama diterima De La Rocha ketika hidup di California. Hanya kerana dia berdarah Mexico. De La Rocha tinggal bersama ibunya, Olivia.

Pengalaman pahit ditindas dari kecil membuatkannya pada satu ketika meletus. Dia berkata kepada Rolling Stone: “Saya berkata kepada diri sendiri, saya tak boleh terus berdiam diri lagi.”

“Saya tak mahu situasi rasisme yang menimpa saya dirasai oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.”

Mereka dipertemukan oleh muzik. Aliran pemikiran mereka digabung untuk dilontarkan dalam lagu lagu mereka. OIeh sebab itu RATM sangat konsisten membidas kepincangan masyarakat Amerika. Daripada isu rasisme, isu penindasan sosial yang sistematik, sehinggalah ke kapitalisme serta penindasan kaum minoriti.

Lagu “Know Your Enemy” menjelaskan kepada dunia bahawa “American Dreams” itu hanya satu retorik tak berguna dan jangan termakan dengannya.

Seterusnya lagu “Take the Power Back” yang mengkritik sistem pendidikan Amerika. Lagu “Maria” adalah mengenang mendian Maria, wanita Mexico yang dibunuh orang Amerika.

Paling popular pastinya, “Killing the Name” yang seringkali menjadi lagu anthem protes di seluruh dunia dengan bait lirik “F* you, I won’t do what you tell me.” ataupun “pergi mampuslah, aku tak akan buat apa kau suruh.”

Terus rebel

Banyak lagi perjuangan RATM menentang penindasan. Bukan sekadar hanya masuk ke studio dan melalak. Misalnya, mereka aktif memperjuangkan kempen pembebasan Leonard Peltier (aktivis Indian-Amerika) dan Mumia Abu-Jamal (wartawan dan mantan anggota Black Panther) yang ditahan polis kerana mempertahankan hak sivil komuniti mereka.

Baru baru ini mereka menyatakan solidariti kepada Palestine yang ditindas oleh Israel. Walaupun ramai masyarakat barat mengecam mereka dan berhenti meminati mereka. Namun RATM tidak peduli dengan semua itu.

Post tersebut membuatkan RATM kini menjadi musuh penyokong tegar Zionis. Mereka mendapat banyak kecaman daripada puak Zionis. Malah dilarang untuk masuk ke Israel sama sekali.

Sebenarnya itu bukan pertama kali Tom Morello menyatakan sokongan kepada boikot Israel. Pada 2015, dia pernah ditanya tentang soalan, kenapa dia masih datang ke Israel sebelum ini kalau betul betul boikot Israel.

Wartawan Huffington Post bertanya: “Multi Viral, trek dengan Calle 13 dan Kamila Jubran, menunjukkan budak Palestine menggunakan gitar sebagai alat menentang politik. Sedangkan dahulu kamu pernah datang ke Israel untuk mengadakan persembahan.”

“Adakah kamu akan masih beraksi di sana lagi?

Tom berkata: “Ketika Rage dua kali datang ke Israel, tidak ada lagi kempen boikot ini. Saya akan melintasi jambatan itu. Namun saya tak akan sesekali melintas ‘picket line’ [tempat orang protes]. Dan saya tak akan memulakannya,” kata Morello memberitahu bahawa dia berbesar hati untuk menangguhkan konsert mereka ke Israel buat sementara waktu sambil menafikan dia memboikot.

“Jelajah dunia saya bersama budak budak saya, dan saya tak akan tergesa gesa untuk menamatkan sebarang boikot.”

Morello mengakui mereka sudah 2 kali beraksi di Israel. Dan dia menyatakan di Israel ramai orang Yahudi yang menentang kekejaman Zionis ke atas Palestine memahami pandangan mereka.

“Sebenarnya, sangat ramai peminat Yahudi kami yang tak bersetuju dengan kerajaan dan zionis yang semakin zalim dalam meneroka wilayah lain [di Palestine].”

Ketika pencerobohan Israel ke atas Gaza pada 2014, Morello menggunakan Twitter menyindir kerajaan Israel yang membunuh ramai kanak kanak Palestine. Morello menyindir:

“Kerajaan Israel ada hak untuk mempertahankan diri berdepan ‘pengganas kecil’. Ada antara mereka yang benar benar kecil [kanak kanak dan bayi].”

Berpecah

Sama seperti band rock yang lain. RATM tidak lari daripada kontroversi di atas pentas. Misalnya pada acara Anugerah MTV 2000, bassist RATM, Tim Commerfold telah menghijack pentas ketika penyampaian anugerah video muzik terbaik diserahkan kepada Limp Bizkit.

Di mana Commerfold mempersoalkan kemenangan itu. Keadaan menjadi tegang dan Commerfold malah ditahan di lokap semalaman. Itu antara sebab kenapa Zack De La Rocha sangat kecewa dan memutuskan untuk keluar untuk RATM. Sebelum ini memang banyak masalah dalaman berlaku di antara mereka.

Ia bertentangan dengan perjuangan RATM yang tidak mengejar anugerah seumpama itu. Mereka adalah band yang bergerak menentang penindasan pemerintah zalim. Mereka bukan menentang pemuzik atau seniman yang lain.

Zack kemudian berlembut hati dengan menyatakan dia tidak keluar sepenuhnya dan akan menyertai RATM pada acara tertentu sahaja.

Morello, Commerford, dan Wilk membentuk Audioslave bersama vokalis Soundgarden, Chris Cornell. De la Rocha sempat membentuk One Day as a Lion bersama drummer Mars Volta, Jon Theodore.

Selepas Audioslave dibubarkan, 3 ahli mereka membentuk Prophets of Rage bersama Chuck D, DJ Lord (Public Enemy), dan B-Real (Cypress Hill).

Tom Morello pernah berkata: “Orang selalu berkata, hei Tom, diam je la [tak payah sibuk hal politik], kau main gitar je. Tapi maaflah, aku tak akan sesekali berdiam kalau soal hak asasi manusia.”

“Aku tak akan pernah berhenti berjuang demi dunia yang lebih baik untuk kita semua. Dunia yang lebih adil dan lebih berperikemanusiaan. Malangnya, ada sesetengah orang tidak senang dengan perjuangan aku, sayang sekali.”

Rujukan

RadioX

Wiki

Allmusic