Ratu Elizabeth II Tawarkan Gaji Sehingga RM23,000 Untuk Jawatan Pegawai Media Sosial

Pada hari ini, jawatan pegawai media sosial adalah sangat penting untuk mereka yang merupakan figur awam.

Skop kerja mereka adalah merangkumi mengemaskini platform media sosial seperti Facebook, twitter, Instagram dan sebagainya.

Jika korang ada kepakaran dalam bidang ini, anda mungkin boleh mencuba nasib di England/

Ratu Elizabeth II dilaporkan sedang mencari pegawai media sosial untuk mengendalikan akaun diraja miliknya. Gaji yang ditawarkan agak lumayan.

Jika korang berjaya meyakinkan baginda ratu kemampuan korang untuk menaikkan engagement dan mencari formula untuk mengekalkan rasa hormat dan taat setia rakyat England, maka gaji lumayan itu milik korang.

Berapa?

Dilaporkan, pihak Ratu Elizabeth II menawarkan gaji sehingga $67,000 setahun ataupun sekitar RM277 ribu untuk ketua perhubungan digital.

Jawatan ini dibuka kepada semua mereka yang berminat di seluruh dunia. Gunakan LinkedIn korang untuk memohon.

Calon yang berjaya perlu melaksanakan tugasan / KPI :

  • Menyediakan konten serta mengetuai editorial digital sekumpulan media kecil yang terdiri daripada pakar
  • Memacu strategi konten menerusi saluran digital dan bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja lain daripada organisasi lain untuk memastikan peningkatan berterusan di alam maya.

Calon yang diutamakan adalah mereka yang ada pengalaman dalam mengurus dan menjadi editor untuk laman web berprofil tinggi serta mahir di dalam bidang mereka.

Mereka juga harus memiliki keterampilan dan keyakinan dalam menguruskan sistem untuk konten di platform media sosial serta arif dalam bidang analitik.

Calon juga haruslah inovatif dan kreatif selain daripada memiliki kemahiran menulis dan editorial yang bagus.

Seterusnya calon harus ada kepakaran dalam menghasilkan konten yang pelbagai untuk generasi / masyarakat pelbagai lapisan.

Dan korang yang berminat harus juga seorang yang komunikatif dan bukannya seorang yang tidak mahu bercakap dengan orang lain.

Keistimewaan lain, selain daripada gaji, korang akan mendapat pakej 33 hari cuti tahunan, termasuk cuti bank.

(Di UK, kalau Bank tutup /cuti, ada sesetengah organisasi akan tutup dan cuti sekali).

Selain itu, korang juga akan mendapat pakej makan tengah hari percuma dan disediakan.

Gaji tahunan korang akan sekitar £45,000 (RM242 ribu) sehingga £50,000 ($67,000 / RM277 ribu), berdasarkan pengalaman dan kemahiran.

Itu bermakna gaji bulanan korang di sekitar RM20,000 sehingga RM23,000 sebulan.

Pada 2014, Ratu Elizabeth II telah menggunakan Twitter buat pertama kali. Dan untuk status pertama tersebut, disahkan oleh pegawai media sosial baginda sebagai kemaskini peribadi dari ratu.

Namun bukannya selalu Ratu Elizabeth II ni boleh bertwitter dan sebagainya. Inilah tugas pegawai media sosial. Dan selepas ini pihak ratu mahu menaikkan lagi engagement dengan orang ramai.