Ratu adalah sebuah duo muzik wanita dari Indonesia yang sangat popular pada satu ketika dahulu.
Duo ini ditubuhkan oleh isteri kepada Ahmad Dhani ketika itu iaitu Maia Ahmad (Maia Estianty) kerana dia memang berbakat dalam bidang muzik.
Pada awal penubuhan Ratu, Maia banyak sekali disokong oleh Ahmad Dhani dari segenap kepakaran.
Nama kumpulan ini mulai berdiri pada 2003. Namun peak kepada kejayaan dan kegemilangannya adalah pada 2005 dan 2006.
Mereka menjadi band wanita paling berjaya pada dekad 2000-an di Indonesia. Ini apabila mereka mencatatkan jumlah jualan album tertinggi untuk kumpulan wanita.
Ratu beberapa kali mengalami perubahan pada line up mereka. Namun pemergian Mulan Kwok pada 2007 membuatkan Ratu tak boleh berdiri lagi.
Awal kemunculan
Pada penghujung tahun 2002, Maia Ahmad band Dewa 19 mulai bercita cita untuk membentuk kumpulan sendiri.
Maia Ahmad sebenarnya menjadi penyanyi latar kepada Dewa 19 yang dipimpin oleh laki dia.
Namun begitu Maia Estianty mahu membentuk kumpulan duo. Dikatakan diinspirasikan daripada Roxete.
Maia Estianty enggan tampil secara solo meskipun dia boleh menyanyi dan bermain alat muzik.
Maia mulai mencari seorang lagi penyanyi wanita. Dan dia bertemu dengan Pinkan Mambo yang suaranya padu nak mampus.
Maka ramailah terbentuk Ratu dengan gandingan Maia dan Pinkan. Korang tak caya vokal si Pinkan ni power, cuba layan ni:
Ratu di dibentuk sebagai duo band yang berkonsepkan R&B.
Ratu mengeluarkan album pertama mereka berjudul Beraama pada 2003. Antara lagu yang terkuat di dalamnya adalah Aku Baik Baik Saja, Salahkah Aku Terlalu Mencintaimu dan Jangan Bilang Siapa Siapa.
Album perdana ini mendapat sambutan hangat dan telah menjadikan Ratu antara kumpulan wanita yang paling berpengaruh pada ketika itu.
Mereka dinobatkan sebagai “Pendatang Baru Terbaik” pada Clear Top Ten Awards 2003.
Namun pada 2004, Ratu telah berpecah kerana Maia telah memecat Pinkan secara tiba tiba. Banyak spekulasi tentang pemecatan itu. Namun tak pernah sekali pun pihak pengurusan Ratu mendengarkan sebab yang sebenar.
Maia dan Mulan Kwok
Selepas mencari beberapa nama yang dirasakan boleh menggantikan tempat Pinkan Mambo, akhirnya pada 2005 Maia Estianty bertemu dengan Mulan Kwok.
Mulan diumum secara rasmi sebagai vokalis utama kumpulan ratu yang baharu pada April 2005.
Line up ini adalah yang terbaik dan menjadikan Ratu benar benar Ratu / Queen muzik Indonesia di sebelah Dewa 19 yang dianggap King.
Maia melakukan beberapa perubahan pada konsep dan imej mengikut kesesuaian dan keselesaan Mulan Kwok yang lebih ranggi.
Lalu mereka beralih daripada R&B kepada pop rock.
Pada Ogos 2005, Ratu merilis album kedua mereka bertajuk Ratu & Friends.
Album ini adalah kompilasi. Dan dua lagu mereka iaitu “Teman Tapi Mesra” dan “Di Dadaku Ada Kamu” menjadi hits teruk ketika itu.
Lagu Teman Tapi Mesra turut menjadi pelancar roket kepada kumpulan Ratu untuk dikenali di luar negara sekitar Nusantara terutamanya Malaysia dan Singapura.
Album tersebut terjual 400,000 salinan dan menerima anugerah 2 kali platinum. Lagu Teman Tapi Mesra turut menjadi lagu terbaik dalam AMI 2006.
Terus gemilang
Tidak menunggu lama, akhirnya Ratu menerbitkan album ketiga mereka yang merupakan album penuh pertama Line up Mulan dan Maia iaitu No. Satu.
Mempertaruhkan single ataupun killer song “Lelaki Buaya Darat” dan “Dear Diary”. Album ini benar benar membuatkan nama Ratu sangat popular.
Dan nama Maia dan Mulan menjadi sensasi. Di Malaysia ramai yang tak tau pun Ratu dahulu sebenarnya Maia dan Pinkan.
Kerana bagi mereka, dengar nama Ratu saja terus tengok Maia di posisi keyboardnya dan Mulan Kwok dengan gayanya yang menguasai pentas.
Mereka mendapat banyak penghargaan daripada album ini. Dan menikmati detik gemilang pada 2005-2006.
Maia dan Mulan tak ngam
Pada 2007 Mulan Kwok dikatakan tidak sehaluan dengan pengurusan Ratu dan juga Maia Estianty.
Mulan kemudian mulai digosipkan dengan Ahmad Dhani sebagai ada skandal. Namun Mulan dan Ahmad Dhani membuat penafian itu.
Ratu akhirnya berpecah selepas Maia dan Mulan gagal untuk memperbaiki keretakan hubungan mereka.
Selepas Mulan Kwok mengumumkan bahawa beliau rasmi meninggalkan Ratu pada 30 Januari 2007, Maia kemudian menghasilkan lagu yang seperti menyindir Ahmad Dhani dan Mulan.
Ketika itu rumah tangga Maia dengan Ahmad Dhani retak.
Lagu Duo Maia yang menampilkan Maia, Mey Chan serta artis jemputan Cinta Laura berjudul Penghianat Cinta.
Liriknya memang track diss. Malah ada yang menyifatkan lagu ini turut menembak kumpulan Dewi Dewi yang dikatakan ditubuhkan Ahmad Dhani untuk menghapuskan legasi Ratu.
Ketika proses penceraian mereka, Ahmad Dhani melarang Maia menggunakan nama Ratu kerana nama tersebut merupakan nama yang tertakluk di bawah hak cipta syarikat milik Ahmad Dhani.
Oleh sebab itu Maia Estianty sangat marah dan kecewa. Lalu beliau melepaskan geramnya di atas kesemua keretakan dan kehancuran bayaran tu yang beliau pernah bina kepada Mulan Jameela dan Ahmad Dhani.
Mulan Jameela ketika itu menikmati kegemilangan tengah single makhluk tuhan paling seksi serta kolaborasi dengan Dewi Dewi.
Maia Estianty dengan duo Maia keluar dengan lagu yang sangat catchy dan penuh dengan sindiran berjudul Penghianat Cinta.
Lirik Lagu PENGKHIANAT CINTA – Maia Feat Cinta Laura
Lagu ini hanyalah sepenggal kisah cintaku
Cintai seseorang yang tak punya selera
Dia meninggalkan aku untuk yang lebih jelek
Juga tidak lebih baik
Gadis itu si joli
Gadis itu si doi
Gadis itu si mona
Gadis itu si lola
Joli itu tak lebih pintar dariku
Si doi body’nya kayak bodyguardku
Sementara mona tingkahnya belagu
Dan lola kampungan
Vega itu temanku
Vega itu sahabatku
Vega itu temanku
Vega itu sahabatku
Vega pengkhianat cinta..
Pengkhianat cinta..
Kau pengkhianat cinta…
Kau pengkhianat cinta…
Matinya nama Ratu
Selepas itu kumpulan Ratu benar-benar hancur dan musnah. Yang ada hanyalah koleksi-koleksi lagunya yang berminat boleh dengar menerusi saluran muzik serta YouTube.
Selepas beberapa tahun menafikan bahawa mereka akan hubungan, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa mereka akan berkahwin.
Maia Estianty sehingga ke hari ini menganggap Mulan Jameela sebagai parasit yang dibawa ke rumahnya dan kemudian mengambil kesemua miliknya.
Lagu ni ngam juga tapi patut Maia yang bawak la tuju kat Mulan.
Konklusinya kumpulan Ratu pernah menjadi sangat popular dan berpengaruh pada satu ketika dahulu. Namun hancur kerana pengkhianatan serta kecurangan yang berlaku di antara Maia, Mulan dan Dhani.