Pemain pertahanan Real Madrid, Raúl Asencio, bersama tiga bekas rakan sepasukan dari akademi kelab tersebut — Andrés García, Ferrán Ruiz, dan Juan Rodríguez — telah didakwa atas tuduhan merakam dan menyebarkan kandungan seksual tanpa kebenaran, termasuk melibatkan seorang gadis bawah umur atau didefinisikan kanak kanak.
Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Jun 2023 dan telah disiasat oleh pihak berkuasa Sepanyol. Mahkamah di Kepulauan Canary telah menamatkan siasatan dan memulakan proses perundangan terhadap pemain pemain akademi tersebut.
Asencio didakwa meminta video tersebut daripada rakan sepasukan untuk ditunjukkan kepada orang lain, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam merakam atau mengadakan hubungan kelamin tersebut. Tindakan ini menyebabkan beliau turut berdepan tuduhan pengedaran bahan p****grafi kanak-kanak.
Asensico melakukan kesalahan itu ketika bersama sama dengan rakan rakannya di akademi Real Madrid.
Asencio menjadi bakat muda yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama setelah krisis kecederaan melanda pertahanan Real Madrid. Dan dia menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya.
Menjadi antara pemain terbaik di La Liga musim ini. Dia cemerlang di atas padang dan menunjukkan peningkatan luar biasa.
Namun kes lama beliau kembali menghantuinya. Real Madrid belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kes ini. Namun, Asencio telah menyatakan bahawa beliau “sangat tenang” dan sedar akan tindakannya semasa kejadian tersebut.
Mangsa-mangsa dalam kes ini dilaporkan mengalami simptom tekanan trauma selepas kejadian. Kes kini berada di tangan pendakwa raya untuk menentukan proses seterusnya di dalam perundangan.