Raul Garcia Gembira Kerajaan Naikan Cukai Pemain Bola: “Kami Bukan Cikgu”

Penyerang Athletic Bilbao, Raul Garcia bersetuju dengan rancangan kerajaan Sepanyol untuk mengenakan cukai sementara yang baru kepada orang terkaya di negara itu.

Menteri Bajet Maria Jesus Montero mengumumkan pada September bahawa sebahagian daripada mereka dalam minoriti penduduk terkaya akan dikenakan cukai lebih dalam tempoh dua tahun akan datang, kerana inflasi yang berleluasa akibat kegawatan ekonomi atas pelbagai faktor.

Antara golongan yang dicadangkan akan dikenakan kenaikan cukai adalah pemain bola sepak La Liga yang menikmati gaji sangat besar.

Raul Garcia setuju dengan cadangan itu. Dan menyatakan dia dengan berbesar hati dipotong cukai pendapatan lebih besar demi kebajikan di negaranya dan orang yang memerlukan.

Menurutnya, pemain bola sepak tidak perlu dilayan sebagai istimewa sangat sehingga kerajaan takut untuk menaikkan cukai pada mereka.

Pada pandangan beliau, pemain bola sepak bukanlah profesion paling penting dalam masyarakat, berbanding guru. Jadi apa salahnya mereka menyumbang sesuatu berdasarkan apa yang mereka mampu lakukan demi membantu masyarakat.

“Jelas sekali kita sekarang sedang hidup dalam keadaan kewangan yang selesa, tetapi ia tidak mengasingkan saya daripada situasi yang dilalui oleh rakan-rakan saya, keluarga saya,” kata Garcia kepada akhbar Sepanyol El Pais.

“Saya faham bahawa kehidupan bukanlah perkara yang sama yang saya jalani. Itulah sebabnya saya fikir kita perlu menyokong.”

Ramai pemain di Sepanyol sejak sedekad lalu telah dihukum kerana kesalahan penipuan cukai, termasuk bekas pemain Real Madrid dan Barcelona, ​​Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Cukai aset baharu kerajaan gabungan pimpinan Sosialis, yang disifatkan sebagai cukai “perpaduan”, akan menyaksikan mereka yang mempunyai pegangan bernilai lebih tiga juta euro (2.96 juta dolar) tertakluk kepada bayaran tambahan daripada 1.7 peratus meningkat kepada 3.5 peratus, bergantung pada saiz daripada aset kekayaan mereka.

“Ada orang yang menganggur, ada yang wang mereka tidak sampai ke hujung bulan, yang tidak mempunyai wang untuk makan, saya lihat itu dalam kalangan rakan saya,” tambah pemain veteran berusia 36 tahun itu.

“Tiba-tiba sebuah perjanjian perumahan telah menenggelamkan kehidupan anda, dengan kedua-dua orang di rumah bekerja.”

“Atau jika anda perlu merancang sama ada untuk mempunyai anak atau tidak atas sebab kewangan.”

“Saya faham bahawa jika mereka mengenakan saya beberapa cukai lagi.. mengenakan, eh tidak, memungut cukai daripada saya, supaya semua orang boleh mendapat manfaat, saya faham dan saya juga mahu ia menjadi seperti itu.”

“Saya gembira kadar cukai saya dinaikkan, kerana saya rasa saya diri saya masih tidak cukup menyumbang seperti yang sepatutnya saya lakukan.”

“Kita harus menunjukkan solidariti jika kita mahu membina negara berkebajikan di mana semua orang boleh menikmati hidup dengan selayaknya. Pemain bola sepak tidak penting dalam masyarakat, bagi saya cikgu yang penting dalam masyarakat.”